Bakal bermadu? Ini jawapan Zara Zya

Bakal bermadu? Ini jawapan Zara Zya. Pelakon Zara Zya, 37, tidak sanggup berkongsi kasih apatah lagi berpoligami apabila bergelar isteri suatu hari nanti.

Zara bukan menolak, sebaliknya dia tidak kuat untuk menjalani perkahwinan di mana dia tahu perlu berkongsi kasih dengan orang lain.

“Saya tak boleh. Saya bukan orang yang boleh berkongsi. Mungkin masa indah, kita kata boleh, tapi masa tak indah, macamana pula kan? Jadi, saya tidak sekuat itu.

“Ada yang saya kenal orang terdekat berpoligami. Tapi, macamana kehidupan mereka? Saya tak tahu. Tak tahu sama ada indah atau tak.

“Tapi, kalau kita tak berpoligami pun, ada juga pasang surut hubungan. Kalau kita tak kuat, macamana kita nak hidup dengan keadaan kita berkongsi kasih?” katanya.

Bakal bermadu? Ini jawapan Zara Zya

Bagaimanapun, Zara hormat terhadap individu yang memilih berpoligami.

Menurutnya, orang yang hidup berkongsi kasih ini memang kuat mental dan fizikal terutama soal emosi.

“Kita manusia, kalau tak pilih berpoligami pun tetap ada masalah. Masa bercinta pun tetap ada yang curang.

“Tak semestinya orang yang pilih berpoligami ini salah. Mungkin mereka ada sebab tertentu, kalau dia mampu, teruskan. Mampu bukan dari segi harta, tapi segala aspek. Persediaan mental, hati, wang, semualah,” katanya.

Zara kini membintangi drama Risik Pada Hati di slot Akasia TV3 bersama Alif Satar dan Ummi Nazeera. Menurutnya, drama itu wajib ditonton kerana sangat dekat dengan masyarakat.

“Drama ini dekat pada orang yang berpoligami. Tak kisahlah orang itu berniat, ada niat, sedang berpoligami, memang kena tengoklah drama ini, tapi ia bukanlah memburuk-burukkan pasal orang berpoligami. Ada pro dan kontra macamana kehidupan seorang lelaki yang ada dua isteri.

“Di mana isteri pertama merelakan tapi pada masa sama, dalam rela naluri wanitanya tetap cemburu. Konfliknya tidak seperti mana drama lain yang dramatik. Ia ringan, dekat dengan penonton dan orang berkeluarga,” katanya.

Drama Risik Pada Hati sudah mula ditayangkan sejak kelmarin.

BACA:

Lepas tonton Mat Kilau, Ebit Liew tunjuk skill ‘buah silat’

Ditawarkan RM1.3 bilion untuk kembali pegang Jack Sparrow, Johny Depp tidak berminat

Polis lancar Ops Khas Penjaja, buru penjaja di persimpangan traffic light