Banjir Johor: Situasi semakin membaik.
Situasi banjir di Johor semakin menunjukkan tanda pulih dengan jumlah mangsa terus berkurangan kepada 36,086 orang setakat 8 pagi ini berbanding 37,503 orang direkodkan pada 8 malam tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan memaklumkan sebanyak 10,157 keluarga masih ditempatkan di 116 pusat pemindahan sementara di empat daerah.
“Batu Pahat mencatatkan mangsa teramai iaitu 35,849 orang diikuti Muar (111), Segamat (102) dan Tangkak (24),” menurut kenyataan itu.
JPBN memaklumkan dua sungai di Batu Pahat masih melepasi paras bahaya iaitu Empangan Bekok di Sungai Bekok setinggi 19.24 meter dan Sungai Senggarang di Senggarang setinggi 3.58 meter.
Cuaca diramalkan cerah di kesemua 10 daerah pada pagi ini.
BACA JUGA:
Perak: Kes demam denggi semakin meningkat di sini
Hidangan Menu Rahmah tak dapat sambutan, terpaksa berhenti jual
Malaysia tetap dengan pendirian berkenaan AUKUS