Bantuan Ewallet RM100 – RM200 diteruskan lagi. BANTUAN EWALLET RM100 – RM200 AKAN DITERUSKAN LAGI. Bantuan E-wallet ini merupakan program inisiatif yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada tahun ini. Ianya merupakan satu berita yang gembira buat semua rakyat Malaysia yang terlibat. Baru baru ini pada sidang pembentangan Bajet 2023 yang diadakan pada baru-baru ini, pihak kerajaan telah bersetuju dan sepakat untuk melanjutkan lagi pelan program bantuan untuk rakyat Malaysia E-pemula untuk tahun hadapan khusus untuk rakyat Malaysia belia B40.
BANTUAN EWALLET RM100 – RM200 AKAN DITERUSKAN LAGI
Untuk makluman semua, atas dasar kecaknaan pihak kerajaan kepada golongan memerlukan terutama belia. Program bantuan khas ini bakal dilanjutkan pada tahun 2023 untuk rakyat Malaysia b40.
Secara umumnya, Pada tahun 2022 bantuan ini telah disediakan dengan jumlah sebanyak RM150 kepada setiap penerima. Namun atas dasar kecaknaan kerajaan telah menambah jumlah bantuan kepada RM200 pada tahun hadapan.
Tambahan pula, program bantuan eDompet ini akan diperluaskan kepada golongan belia dari kumpulan M40. Lebih ramai yang akan menerima manfaat bantuan ini. Kumpulan belia B40 akan mendapat RM200 dan M40 akan mendapat RM100 untuk setiap individu.
APAKAH TUJUAN BANTUAN
Program ini masih dilanjutkan adalah berhasrat untuk membiasakan diri memupuk budaya pembayaran tanpa tunai. Program bantuan ini secara tidak langsung akan memberikan manfaat kepada kira-kira 2 juta belia M40 dan B40 pada tahun hadapan.
Rentetan itu pula, pada tahun ini terdapat banyak jenis bantuan berbentuk kewangan selain daripada bantuan ewallet ini. Sekiranya anda tidak sempat mengikuti perkembangam ini, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan di laman utama yang telah disediakan – SEMAK SINI
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan bantuan E-pemula yang telah ditetapkan seperti dibawah :
KUMPULAN BELIA B40
- Warganegara Malaysia
- Pemohon merupakan individu beli berumur 18 – 20 tahun
- Pemohon merupakan pelajar sepenuh masa bagi berumur 21 tahun keatas
KUMPULAN BELIA M40
- Warganegara Malaysia
- Kumpulan M40 yang mempunyai pendapatan tahunan RM100,000 kebawah
Nota : Kadar terkini bantuan tersebut pada tahun hadapan adalah sebanyakRM100 untuk M40 dan RM200 untuk B40.
Bagi tahun 2022, pakej bantuan pertolongan duit e wallet tersebut ini telah mula diperkenalkan dan juga mendapat sambutan yang sangat hangat daripada golongan belia. Untuk tahun ini iaitu tahun 2022 adalah bernilai sebanyak RM150 yang mana kerajaan bakal tawarkan kepada sesiapa sahaja yang mereka sudah menepati atau cukup syarat untuk membuat penebusan ewallet yang bakal diumumkan ini.
Manakala itu pula, untuk tahun hadapan iaitu 2023, melalui apa yang telah dibentangkan pada bajet, Kerajaan telah menetapkan kadar bantuan ini dan meningkatkan lagi bantuan e wallet bernilai sebanyak RM50 daripada RM150 kepada RM200 kepada golongan belia M40 dan B40 yang bakal membuat penebusan secara atas talian untuk tahun hadapan nanti.
Untuk masa ini, kerajaan hari ini masih belum membuat sebarang pengumuman tarikh rasmi bagi pemberian wang bantuan e-wallet. Bagi rekod tahun ini bantuan e wallet anda boleh membuat penebusan di mana-mana sahaja aplikasi atas talian e-wallet yang telah berdaftar dengan pihak kerajaan. Berikut adalah merupakan antara aplikasi e-wallet yang bertapak di Malaysia ialah:
- Touch n Go eWallet
- Boost
- Grab Pay
- BigPay
- Shopeepay
Jadi, untuk tahun depan iaitu tahun 2023 nanti, berkemungkinan besar operasi program E-Wallet akan dijalankan dan melibatkan rangkaian E-wallet seperti diatas. Oleh itu, diharapkan kepada mereka yang mempunyai kelayakan untuk membuat penebusan untuk credit wallet sejumlah RM 200 diharapkan anda untuk terus bersabar untuk menantikan pengumuman pengumuman yang bakal dikeluarkan secara rasmi daripada pihak kerajaan Malaysia yang ada pada hari ini.
Untuk makluman kepada semua, kerajaan Malaysia memperuntukkan bajet yang lebih besar berbanding tahun 2022 bagi meneruskan bantuan kredit wallet yang bakal disediakan kepada golongan belia yang memerlukan wang ini. Segala usaha kerajaan pada hari ini dalam masa yang sama juga adalah untuk meningkatkan lagi ekonomi negara Malaysia dan juga bagi menggalakkan golongan golongan belia membuat transaksi pembelian atau mengguna pakai wang kertas.
BACA:
Jamal Abdillah dedah apa dibuat dengan duit diperoleh zaman muda
Bermula dengan puji sport rim kereta, akhirnya ke jinjang pelamin dengan anak tokey Caltex
27 tahun berkhidmat, staf bersyukur majikan Petronas Pendang taja tunai umrah