Bantuan Tunai Rakyat (BTR) : Ini cara untuk semak dan tarikh bayaran

Bantuan Tunai Rakyat (BTR) : Ini cara untuk semak dan tarikh bayaran. Bantuan Tunai Rakyat (BTR 2023) yang sebelum ini dinamakan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan diteruskan pada tahun 2023.

Ia diumumkan oleh Perdana Menteri Ke-10 Dato Seri Anwar Ibrahim pada 20 Disember 2022 (Selasa) dalam sidang Dewan Rakyat.

Bagi tahun 2023, Bantuan Tunai Rakyat sehingga RM2,500 bakal dilaksanakan, iaitu jumlah tertinggi setakat ini bagi mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan akibat COVID-19.

Bantuan Tunai Rakyat (BTR) diperuntukkan dalam Bajet 2023 akan memberi manfaat kepada 8.7 juta penerima dengan peruntukan RM7.8 bilion.

Apa itu BTR 2023?

Bantuan Tunai Rakyat (BTR) : Ini cara untuk semak dan tarikh bayaran

BRT 2023 ialah bantuan komprehensif yang ditambah baik dengan ketara berbanding Bantuan Sara Hidup (BSH) pada 2020 yang memanfaatkan lima juta penerima dengan peruntukan RM5 bilion.

Ia dijenamakan semula bagi bantuan sebelum ini iaitu Bantuan Keluarga Malaysia.

Kategori dan Jumlah Bantuan

Jumlah Bantuan Tunai Rakyat 2023 PPT
Berikut adalah kategori kelayakan dan jumlah bantuan BTR 2023 (Sebelum ini BKM) yang baru diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam Bajet 2023 sebelum ini.

1. Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan

  • RM2,500 : Lebih 5 Anak
  • RM1,000 – RM2,000: 1 – 4 Anak

2.Pendapatan Isi Rumah : RM2,500 – RM5,000

  • RM500 – RM1,250: 1 – 4 Anak (Bergantung bilangan anak)

3.Warga Emas Tiada Pasangan & Bujang

  • RM600 / RM350 (Bergantung pendapatan)

4.RM500 Tambahan BTR

  • Bantuan tambahan untuk Ibu / bapa tunggal dinaikkan kepada RM3,000 berbanding RM2,500

Permohonan dan Kemaskini
Dijangkakan permohonan baharu dan kemaskini maklumat penerima sedia ada akan mula dibuka dalam masa terdekat.

Buat masa ini, kerajaan belum mengumumkan link baharu permohonan.

Namun begitu rujukan awal bantuan ini boleh digunakan melalui link berikut;

https://bkm.hasil.gov.my/

Pengumuman rasmi akan dimaklumkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

Tarikh Bayaran

Bayaran Fasa 1 akan disalurkan awal pada bulan Januari bukan bulan Mac.

Siapakah yang perlu membuat Permohonan Baharu BTR?

Pemohon yang perlu membuat Permohonan BRT 2023 adalah seperti berikut:

  1. Pemohon yang tiada rekod dalam sistem BKM atau tidak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 atau Bantuan Khas COVID-19 (BKC); serta
  2. Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
  3. Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu Bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

Cara membuat Permohonan BTR 2023?

Buat masa ini, Kerajaan belum lagi memaklumkan tentang permohonan BTR 2023 memandangkan ia baharu sahaja diumumkan oleh Perdana Menteri Ke-10.

Namun, jika dilihat kepada BKM 2022 sebelum ini, cara permohonan adalah sebagaimana berikut;

1.Permohonan Secara Dalam Talian Permohonan BKM 2022 boleh dibuat di:

  1. Portal Rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my; atau
  2. Aplikasi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit

2.Permohonan Melalui Borang Borang Permohonan BKM 2022 (BK-01) boleh didapati secara percuma di:

  1. Portal Rasmi BKM LHDNM; atau
  2. Cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

Adakah saya perlu membuat kemas kini permohonan BTR 2023 sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat pada BKM 2022?

Sekiranya semakan permohonan di portal BKM 2022 anda wujud dan tiada sebarang perubahan maklumat, anda tidak perlu membuat kemas kini maklumat BTR 2023. Walau bagaimanapun sekiranya semakan permohonan di Portal Rasmi BKM 2022 tidak wujud, anda perlu membuat permohonan baharu.

Pembentangan Bajet 2023

Bajet 2023 merupakan kesinambungan usaha kerajaan memulih dan memantapkan ekonomi dengan pendekatan Responsif, Bertanggungjawab dan Reformis dalam memenuhi keperluan rakyat dan perniagaan, serta memacu pertumbuhan sosio-ekonomi yang mampan.

Tema yang dipilih untuk belanjawan 2023 ialah “Keluarga Malaysia, Makmur Bersama”, dan ianya berpaksikan empat (4) fokus iaitu :

  1. Kesejahteraan Rakyat
  2. Kelangsungan Perniagaan
  3. Kemakmuran Ekonomi
  4. Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan

Bajet 2023 ini amat penting bagi #KeluargaMalaysia dalam usaha kerajaan menangani inflasi dan pemulihan ekonomi ke arah kesejahteraan rakyat.

Bajet yang telah dirangka secara inklusif ini juga akan memastikan kesejahteraan, kelangsungan perniagaan dan juga pemulihan ekonomi kita semua.

Semoga dengan pengumuman BTR 2023 ini dapat membantu memulihkan kembali ekonomi Keluarga Malaysia di bandar dan di luar bandar yang berdepan dengan tekanan kenaikan kos sara hidup di era pasca pandemik COVID-19.

Soalan Lazim Bantuan Tunai Rakyat

Apa itu Bantuan Tunai Rakyat (BTR 2023)

BTR adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Berapa Jumlah Bayaran BTR 2023?

RM350 hingga RM3000 mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Bilakah Permohonan Baharu dibuka?

Januari 2023. Kerajaan akan memaklumkan dari semasa ke semasa.

Bilakah Tarikh Bayaran

Fasa 1 Januari 2023 bukannya Mac

Adakah saya perlu membuat kemas kini permohonan BTR 2023 sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat pada BKM 2022?

Sekiranya semakan permohonan di portal BKM 2022 anda wujud dan tiada sebarang perubahan maklumat, anda tidak perlu membuat kemas kini maklumat BTR 2023. Walau bagaimanapun sekiranya semakan permohonan di Portal Rasmi BKM 2022 tidak wujud, anda perlu membuat permohonan baharu.

BACA:

Projek SRA : Guru besar didakwa terima suapan RM164,800

Ini punca kenapa Syamsul Yusof mahu saman Jawi RM10 juta

Tayang badan, tindak-tanduk TikTokers makin menjadi-jadi