‘Begitu kata Mak ketika tubuh tuanya aku rangkul melepas rindu bila aku masuk ke dapur tadi’

‘Begitu kata Mak ketika tubuh tuanya aku rangkul melepas rindu bila aku masuk ke dapur tadi’.

Aku call Mak bila sampai di RnR Bukit Merah.

“Mak masak apa?”

'Begitu kata Mak ketika tubuh tuanya aku rangkul melepas rindu bila aku masuk ke dapur tadi'

“Mak tak masak apa lagi. Kaki Mak sakit hari ni. Tak larat rasa nak berdiri lama-lama.”

Jawab Mak ceritakan keadaan dia. Kata Mak lagi, gulai semalam masih ada. Jadi mak makan yang tu saja. Itupun dah cukup katanya.

Tapi Mak ada sebut dia nak masak Asam Pedas untuk aku sebelum aku letak telefon.

“Mak tak payah la masak asam pedas tu.”

“Satgi hang nak makan apa kalau Mak tak buat?.”

“Makan ja lah apa yang ada. Mak rehat sudah. Ada Toyu, ikan goreng dengan cabai pun cukup dah aih.”

Jawapan aku menghadirkan tawa Mak. Terhibur hati dia. Aku bukan jenis yang susah makan. Apa yang ada waktu tu, aku makan ja. Tak ada masalah.

Dan bila aku sampai, Asam pedas telah siap dihidang. Ikan temenung baru di goreng panas-panas. Air Kopi pula terus dibancuh tanpa diminta.

Saat aku sampai hinggalah hampir 3 jam, belum sempat ke ruang tamu, belum sempat ke bilik air, belum sempat mandi dan salin pakaian. Aku jamah dulu semua makanan yang Mak sediakan.

Ambil hati Mak. Sembang dengan Mak. Tatap wajah Mak. Dengar ceritanya. Kutip pahala yang pada hari biasa aku tak mampu buat sebab duduk jauh daripada Mak.

“Anak hitam Mak dah balik.”

Begitu kata Mak ketika tubuh tuanya aku rangkul melepas rindu bila aku masuk ke dapur tadi.

Hilang sakit kaki dia.

Yang seharian sakit tu, dengan tiba-tiba hilang entah ke mana.

Mak, mak.

Titik.

BACA :

‘Demi anak-anak, saya sanggup jual barangan wanita pada GRO di kelab malam’
Wanita maut selepas buat pembedahan besarkan payudara dengan doktor tak ‘bertauliah’
Isteri hidap kanser tahap 3 izin suami cari pengganti, suami laju cari pengganti di Twitter