Bekas ADUN Melor meninggal dunia

Yang Dipertua (YDP) Pas Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan akibat jangkitan Covid-19 di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai tengah hari tadi.

Wan Ismail, 66, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor meninggal dunia kira-kira pukul 12.30 tengah hari selepas bertarung nyawa selama 10 hari lalu akibat dijangkiti Covid-19.

Anak sulungnya allahyarham, Wan Abdul Falah, 36, berkata, sebelum dijangkiti Covid-19, bapanya mempunyai masalah kesihatan lain termasuk mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan menghidap Hepatitis B.

BACA JUGA : Gempar !!! Adun Rembia keluar Umno?

“Selepas positif Covid-19, kesihatan ayah semakin tidak stabil sehingga dimasukkan ke ICU kerana oksigen dalam badan sangat rendah. Sementara itu, ahli keluarga lain pula dikuarantin di rumah,” katanya.

Allahyarham Wan Ismail meninggalkan dua isteri dan 11 anak.

Beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Perhubungan Pas Kelantan, bekas Setiausaha Akhbar Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

BACA JUGA : Panas!! Adun Terengganu terima rasuah X70?

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pukul 6 petang ini di Tanah Perkuburan Islam Kulim, Kampung Bechah Keranji, Peringat di sini.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/08/26/bekas-adun-melor-meninggal-dunia-akibat-covid-19/