Belanjawan 2021 indah khabar daripada rupa

Belanjawan 2021 indah khabar daripada rupa. Belanjawan ini tidak tumpah seperti cakap-cakap retorik polikus yang tidak mempunyai “political will” yang sungguh-sungguh ingin membantu rakyat. Kita sedar, menteri kewangan bukan datang daripada orang politik tetapi beliau datang daripada golongan kapitalis.

Saya hanya ingin mengulas beberapa perkara yang tidak wajar ada dalam belanjawan 2021 ini. Disaat negara masih bergelut menangani penularan wabak Covid 19 dan dalam fasa pemulihan ekonomi, belanjawan yang dikatakan wajib diluluskan oleh Dewan Rakyat ini sebenarnya adalah belanjawan cukup syarat lebih kepada memberi laba kepada orang politik bukanya rakyat.

Dalam Belanjawan 2021, terdapat cadangan peruntukan baru sebanyak RM60.5 juta untuk pembangunan bangunan MITI yang diketuai oleh Azmin Ali. Hal ini seharusnya tidak wajar dilaksanakan dalam keadaan krisis ekonomi yang sedang melanda.

Adakah dengan peruntukan ubah suai pejabat memeberikan manfaat kepada rakyat dan juga ekonomi? Lulusan ekonomi tidak membuktikan seseorang bijak dalam ekonomi.

Sedarlah wahai menteri, saat rakyat bergelut untuk hidup, anda bersenangan duduk dikerusi empuk mahukam renovasi pejabat. Ini sesuatu yang tidak boleh diterima dalam keadaan yang mendesak.

Peruntukan badan propaganda kerajaan JASA sebanyak RM85 Juta. Dibawah kementerian komunikasi juga diberikan peruntukan RM 125 juta bagi bagi pembangunan semula kompleks angkasapuri sebagai Media City dalam butiran ( l02015).

Dalam Belanjawan 2021 juga, peruntukan Kementerian Komunikasi sebanyak RM1.5juta (Butiran 35000) diberikan kepada Pusat Pengajian Islam Oxford, UK (OXCIS). Adakah ini sesuai ketika waktu bencana? Lebih mulia salurkan peruntukan ini kepada rakyat yang hidupnya kais pagi makan pagi. Apa pentingnya badan propaganda di saat rakyat makan pun bercatu?

Belum disebut peruntukan untuk KPKT
RM 2.6 Juta yang disalurkan kepada PeKT. Apabila menjawat jawatan menteri KPKT tetapi gagal mencerap dengan mudah fungsi PBT itu sendiri sehingga mewujudkan PeKT di PBT yang diperintah oleh Pakatan Harapan hanya untuk memberi laba kepada pengikut. Sesungguhnya disetiap PBT pemegang taruhnya adalah Ahli Majlis yang mengubal polisi di PBT.

Maka ternyata peruntukan sebanyak 2.6 Juta utuk KPKT ini tidak ubah seperti memberi dedak kepada pengikut. Saya sarankan kepada menteri KPKT mengikuti kursus Diploma Pentadbiran Awam agar beliau lebih jelas tentang fungsi dan peranan PBT itu sendiri.

Saya mencadangkan agar pihak kerajaan menimbang semula belanjawan yang dibentangkan tempoh hari dengan menambah peruntukan kepada KKM dan agensi kerajaan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menangani wabak Covid19 hendaklah menjadi keutamaan.

Jika kerajaan hari ini mengatakan belanjawan ini adalah belanjawan Covid19, kerajaan wajib
menghapuskan secara terus perbelanjaan yang tidak wajar dan seharusnya peruntukan itu disalurkan kepada perkara yang lebih utama dalam menangani Covid 19 dan membaik pulih ekonomi secara langsung.

Kerajaan harus sedar, sekiranya kerajaan hari ini sebuah kerajaan yang mendapat majoriti Dewan Rakyat maka, kamu tidak perlu menagih simpati undi pembangkang bagi meluluskan belanjawan ini. Sedarlah, kamu ditampuk kuasa dimana keabsahan kamu masih dipersoalkan.
Sekian

Farhanah Rafee
AMK Hang Tuah Jaya
Melaka

Sumber: