Beli ayam penyet tapi nampak macam tikus penyet

Beli ayam penyet tapi nampak macam tikus penyet. Demikian komen seorang netizen berhubung video tular memaparkan haiwan seperti tikus yang ditemui dalam satu hidangan ayam penyet.

Video yang dikongsi oleh seorang pelanggan menunjukkan lauk itu dihidangkan bersama nasi putih, salad dan sambal dalam satu bungkusan polisterin putih.

“Pentingnya teliti sebelum makan,” tulis pemilik Instagram undercover.id yang berkongsi semula video (repost) berkenaan daripada sumber asalnya.

Dalam video itu, pelanggan tersebut dilihat sedang membelek-belek lauk yang dibeli kerana bentuknya yang pelik, jauh berbeza dengan bentuk biasa ketulan daging ayam.

Lebih jijik, kelihatan satu bahagian berbentuk panjang yang berwarna gelap, dipercayai ekor tikus yang sedang disentuh pelanggan tersebut.

“Kalau itu betul-betul tikus, aku mesti dah jijik nak pegang.

Beli ayam penyet tapi nampak macam tikus penyet

“Aku juga pernah jumpa macam ni dalam bakso, tapi tak panjang macam ni.

“Kenapa tak potong ekornya?

ayam1

Tangkap layar video yang tular di media sosial.

“Tak mungkin bahagian tubuh ayam.

“Apakah lebih murah harganya?

“Tikus geprek,” tulis beberapa netizen.

BACA:

Shahrol Shiro buka mulut tentang cara Suria FM

Ini cara untuk elak duit kena telan, rahsia bank yang pengguna perlu tahu