‘Bell Ngasri mungkin Bintang Paling Popular 2023, tapi beliau bukannya Artis komedi paling popular’

Bell Ngasri mungkin Bintang Paling Popular 2023, tapi beliau bukannya Artis komedi paling popular. Maaf kalau semua tak bersetuju, undian saya pada bintang komedi paling popular ialah penggubal silibus Malaysia.

Sebelum ni ada pegawai KPM cabar saya untuk bandingkan silibus Malaysia dan negara luar. Saya sahut cabaran beliau tapi saya malas nak beri silibus Jepun yang saya terpaksa terjemahkan, dan malas nak banding dengan silibus yang sukar seperti IIT-JEE.

'Bell Ngasri mungkin Bintang Paling Popular 2023, tapi beliau bukannya Artis komedi paling popular'

Jadi saya beri silibus Singapura dan UK yang mereka katakan lebih kurang sama dengan mereka. (Tahan gelak dulu)

Saya beri contoh satu topik sahaja yang saya rasa tidak relevan di Malaysia iaitu wang. Singapura dan UK cuma memasukkan topik wang berkaitan operasi dalam darjah 1-3. Sedangkan di Malaysia darjah 1-6 ada diterapkan topik wang….

Nampak macam hebat kan? Cumanya mulai darjah 4, silibus Malaysia dah mula macam sarkas. Pelaburan, pengurusan kewangan, asset dan liabiliti.

Paling kelakar yang saya rasa patut dinobatkan Maharaja Lawak ialah ‘tanggungjawab’ dan mata wang asing. Matematik apa benda ni? Ini tajuk kemahiran hidup dan pengetahuan am, bukannya ilmu hisab.

Cuba bandingkan dengan negara lain, semuanya melibatkan operasi tambah, tolak, baki, penyelesaian masalah jual-beli, tukaran ke sen dan pelbagai operasi asas yang lain. Inilah dinamakan fundamental.

Bukannya topik pengurusan, tanggungjawab, kenali dan pertukaran mata wang asing, dan istilah kewangan. Faham tak maksud asas? Saya beri contoh paling mudah.

Kita belajar di sekolah laju = jarak/masa iaitu asas. Tapi di peringkat sekolah menengah laju adalah kecerunan di bawah graf dalam jarak melawan masa.

Di peringkat yang lebih tinggi, laju = ds/dt kerana pergerakan tak semestinya linear. Baru betul ‘flow’ dia di mana peringkat sekolah ialah peringkat pada pengenalan dan pengukuhan asas, kemudian diperkasakan dengan logik dan aplikasi di peringkat lebih tinggi.

Begitu juga jual-beli melibatkan wang. Kenapa perlu ada pengiraan cukai GST semua sedangkan asas jual beli ialah kita bayar dengan wang dan dapat baki jika ada.

Bila mereka dah mahir dengan asas, barulah didedahkan bahawa sebenarnya dan secara logiknya ada percukaian dalam jual beli.

Bila awal-awal lagi dah dimasukkan aplikasi ‘real life situation’ dalam tahap rendah, macam mana pelajar tahap itu nak terima?

Oh tak masuk lagi di sekolah menengah. Kelakar tahap langit petala ke-7. Pendekatan ‘SMART’, ROI, Takaful, Insuran dan macam-macam lagi.

Bukan nak menakutkan para pelajar dan ibu-bapa, tapi itulah hakikatnya yang terpaksa mereka tempuh di peringkat persekolahan. Kalau ada yang minat Alhamdulillah, tapi jangan pandang sebelah mata.

Jangan disebabkan anak bijak matematik, kamu memperlekehkan pelajar lain yang lemahnya terlalu ramai. Minat mereka pada Matematik semakin pudar, oleh kerana topik-topik karut macam ni di sekolah.

Ada juga ibu-bapa yang bantah. Eh, korang kat sekolah dulu pun belajar asas. Nak kata penting tajuk sebegini di sekolah sekarang?

Jangan hukum generasi sekarang dan akan datang. Pemikiran pada tahap kamu semua tak sama seperti tahap pelajar.

Macam tu nak bandingkan lagi dengan negara lebih maju? Kalah Bell Ngasri kelakar mereka.

BACA :

‘Orang macam Bell Ngasri ni ramai, dia buat apa je boss suruh. Dia angguk. Dia tak buat hal. Dia tak melawan.’
[VIDEO] Isteri dedah suami ada ‘fetish’ pelik, ‘Saya wajib buat susu, pasang kartun & pakaikan lampin untuk suami sebelum tidur’
Cara buat penyiram auto dari botol mineral, tak perlu risau pokok layu kalau balik kampung