Bell Ngasri pecah rekod, jadi artis dapat undian tertinggi di ABPBH

Pelakon versatile, Bell Ngasri mencipta kejutan apabila menjadi Top 10 undian tertinggi untuk percalonan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH).

Berada di Top 10 Bintang Paling Popular

Memetik laporan dari Berita Harian Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri kini berada sebaris dengan beberapa lagi artis popular seperti Aina Abdul, Amir Masdi, Anna Jobling, Ben Amir, Ernie Zakri, Khai Bahar, Meerqeen, Sharifah Rose dan Siti Nordiana untuk bersaing dalam Top 5 Bintang Paling Popular ABPBH35.

Bell Ngasri pecah rekod, jadi artis dapat undian tertinggi di ABPBH

Pemegang watak Barkoba iaitu lelaki yang malas puasa dalam telefilem 16 Puasa, 17 Puasa dan 19 Puasa telah muncul antara 10 artis meraih undian terkumpul tertinggi setakat ini selepas mendapat banyak undian daripada peminat di media sosial sejak kebelakangan ini.

Rakan2 artis pun sama berkempen

Dia yang julung kali dicalonkan dalam Artis Komedi Popular ABPBH telah berjaya menembusi Top 5 dalam kategori tersebut bersama-sama Jaa Suzuran, Johan dan juga Syahmi Sazli.

Tak hanya itu, ramai rakan artis turut memberikan sokongan kepada Bell, bahkan turut sama berkempen untuk pelakon yang sudah 35 tahun mengabdikan diri dalam industri seni.

Terharu dengan sokongan peminat

Menjengah ke Instagram selebriti terbabit, dia yang begitu terharu dengan sokongan peminat mengucapkan terima kasih yang tidak tehingga kerana masih sudi memberikan undian untuk dirinya.

Terdahulu, Bell pernah menulis di Instagram secara berseloroh untuk membelanja makan tengah hari pada bulan Ramadan buat mereka yang mengundinya jika memenangi kategori Artis Komedi Popular ABPBH35.

Susulan daripada itu, ramai yang telah memberi sokongan kepadanya seperti Persatuan Ibu-Ibu Mengandung, Penduduk Negeri Sabah dan juga deretan rakan artis yang berada di dalam industri seni Tanah Air.

Semoga Bell Ngasri memenangi kategori-kategori tersebut dalam ABPBH35 nanti!

BACA :

Selepas akibatkan rider Ducati maut kerana lawan arus, individu mengaku OKU sakit mental
Netizen puji Lans koperal santuni pakcik jual surat khabar, ‘Abang polis orang Kelantan ke?’
Cara buat telur ‘gedik’ yang sempurna, kena masak dalam senduk macam ni