Berhabis RM3,000 ‘modified’ kereta untuk kemudahan ayah, lelaki ini terima pujian

Berhabis RM3,000 ‘modified’ kereta untuk kemudahan ayah, lelaki ini terima pujian.Tatkala ramai anak muda yang lain membelanjakan sejumlah wang untuk modifikasi kenderaan nampak lebih sporty dan lowered, ada seorang pemuda mengubah suai bahagian kerusi penumpang hadapan bagi memudahkan bapanya yang sudah uzur untuk masuk ke dalam keretanya.

Dalam beberapa video TikTok yang dikongsikan oleh @mohdirwanshah46, kerusi mekanikal itu dapat beroperasi keluar dan masuk dengan baik tanpa mengganggu keselesaan bapanya.

Ramai yang berminat dan bertanyakan lebih lanjut mengenai kerusi tersebut. @mohdirwanshah46 menyatakan kos untuk menukar dan memasang kerusi mekanikal itu kira-kira sekitar RM2,500 sehingga RM3,000, bergantung pada penjual half-cut dan kualitinya.

Berhabis RM3,000 'modified' kereta untuk kemudahan ayah, lelaki ini terima pujian

Video itu telah mendapat hampir 2 juta tontonan dan ribuan komen saling mengingati antara satu sama lain agar sentiasa mengambil peluang untuk berbuat baik dan berbakti semula kepada ibu bapa masing-masing.

Netizen juga mendoakan kesejahteraan kepada bapa lelaki dan meluahkan rasa bangga kerana pemuda itu menunjukkan contoh yang baik kepada orang ramai dalam bertungkus-lumus membalas jasa baik ibu bapa yang tidak boleh digantikan dengan wang ringgit.

@mohdirwanshah46 ade mase kite bawak abah jalan2 #seatoku #myvipasso #fypシ ♬ Do’aku – Haddad Alwi

BACA:

Pakai tanjak tengok Mat Kilau, trend yang menyusahkan orang lain, ini sebabnya

Teka-teki jejaka misteri dalam hidup Zara Zya bakal terbongkar

Jepun pernah cadang bina bangunan setinggi 10km, ini yang terjadi