‘Berhutang sampai kiamat, loan tu tak susut sebab saya piilih tempoh bayar panjang’

‘Berhutang sampai kiamat, loan tu tak susut sebab saya piilih tempoh bayar panjang’.

Semalam dpt call dari Cimb bank. Kata saya ada tunggakan loan sebulan rm1100.. sebenarnye saya mmg saja tak nak baya..

Cite die mcm ni.. 10 tahun lepas saya ada buat pinjaman peribadi rm200k atas urusan yg penting waktu tu. It was not used for joli2 or anything. Mcm biasa kite takkan dpt full loan.. saya hanya dpt rm180k.

'Berhutang sampai kiamat, loan tu tak susut sebab saya piilih tempoh bayar panjang'

Every month akan di tolak dari angkasa sebanyak rm1600.. SETIAP BULAN WITHOUT FAILED . Tu waktu saya kerja kerajaan la.. lepas resign saya bayar sendiri.. sometime bayar rm1800 konon nak cpt2 habis loan nye.

So dah 10 tahun bayar, setiap bulan bayar rm1600 x 10 x 12bulan = rm192000. Saya dah bayar seratus sembilan puluh ribu ringgit and yet baki bank tinggal RM140k???? Haha.. sgt tak logic.

Saya pun cakap la kat org bank ni.. saya kata sangat tak logic bila ko dah bayar 1600 sebulan without failed selama sepuluh tahun tapi ko seolah2 baru bayar 40k?? Awak rasa logic ke tak logic tu?

So saya decide bulan ni saya tak nak bayar.. sukati saya la nak bayar bile.. haha.. terdiam terus ceti cimb bank ..

Ni bukan meroyan..ni saya nak cite.. ini lah di katakan Riba’ yg org tak nampak.. seronok buat loan tapi sebenarnye loan tu mencekik diri awak .. tak kisah la loan peribadi ke , loan kereta , rumah.. semua konsepnye sama..

Sbb tu la Allah melarang riba.. tau tak yg kita ni berperang dgn Allah bila terlibat dgn riba? tau tak riba tu mcm mana?

Riba tu bila korang amik faedah dari hutang yg korang bagi tu. Memberi hutang itu ibadah, sbb kita membantu org dalam kesusahan, sesiapa yg sanggup menghalalkan hutang nya asbab memudahkan urusan org yg berhutang itu Allah ganti dgn pahala dan syurga.

Tak besar ke pahala memberi hutang? Tapi sesiapa yg memperniaga kan hutang di panggil riba dan Allah isytihar perang dgn org yg terlibat dgn riba.. huhu.. takuuuttt…

Jangan cite la kat saya , loan tu tak susut sbb saya piilih tempoh bayar panjang, polisi tu polisi ni.. saya tahu la tu.. tapi sgt tak logic kan bila dah bayar 10tahun baru susut 40k? Ke korang rasa logic and biasa ? Tak tau la saya.

Fikir2 kan la..

BACA :

[VIDEO] Lelaki terpaksa tahan sakit mentol tersangkut dalam mulut selama 2 jam, ikut ‘challenge’ di internet
Warden menangis lihat detik terakhir seorang banduan, ‘ToIong saya cikgu, saya tak mahu anak-anak tahu ayah mereka mati di tali gantung’
‘Kalau korang ada 18 ciri ini, Tesla bukan untuk korang’