Bersusun kereta ‘jem’ kerana perbuatan pemandu ni, netizen pulak naik geram

Bersusun kereta ‘jem’ kerana perbuatan pemandu ni, netizen pulak naik geram. Gara-gara pentingkan diri sendiri, tindakan seorang pemandu memberhentikan kereta di bahu jalan raya sehingga mengganggu laluan mengundang pelbagai reaksi di laman sosial.

Menerusi perkongsian klip video di Facebook Jabatan Netizen Negara memaparkan situasi tersebut dipercayai berlaku di ibu negara baru-baru ini.

Video berdurasi lebih seminit itu turut menunjukkan kesesakan lalu lintas berpunca daripada tindakan pemandu terbabit yang tidak bertanggungjawab.

Biarpun hon dibunyikan berulang kali oleh beberapa kenderaan dan sebuah bas, namun individu itu masih berdegil serta enggan beredar.

Bagaimanapun, dia akhirnya terpaksa mengalihkan kereta selepas ditegur oleh seorang pemandu lain.

Bersusun kereta 'jem' kerana perbuatan pemandu ni, netizen pulak naik geram

Susulan itu, rata-rata orang ramai kecewa dan marah terhadap sikap pemandu berkenaan kerana menyusahkan pihak lain.

“Minta pihak polis ambil tindakan kerana (pemandu) itu menyusahkan orang,” kata Zul.

“Sedih bila tengok segelintir pemandu yang tiada kesedaran sivik, sikap timbang rasa dan toleransi kepada orang lain,” tegas Adieb.

“Memang kepala batu betul. Orang belakang hon dia buat tidak tahu. Mungkin telinga dia tertinggal di rumah,” ujar Nancy.

BACA:

Terlampau stress dengan isu kecurangan Syamsul, ini dilakukan Puteri Sarah

Content TikTok bertukar tragedi, remaja dilanggar keretapi

Youtuber ini potong rim Bugatti Veyron, harga dekat RM112 ribu