‘Bila ajak solat, kena pukul. Akak ni mengaji, kena perli. Akak ni minta maaf, kena maki’

‘Bila ajak solat, kena pukul. Akak ni mengaji, kena perli. Akak ni minta maaf, kena maki’.

Dia awal-awal masa dapat tahu suaminya ada scandal dengan perempuan satu pejabat. Akak ni stress. Setahun dia tak keruan, mengamuk sana sini. Siasat itu dan ini. Sehingga banyak masa yang di habiskan mengejar dan cuba membuang scandal suaminya.

Pada tahun kedua, energy akak ni semakin kurang. Yang menyebabkanya semakin lemah. Kerana berada lama dalam kerahan tenaga mencuba dan berusaha memutuskan hubungan scandal suaminya.

'Bila ajak solat, kena pukul. Akak ni mengaji, kena perli. Akak ni minta maaf, kena maki'

Ini fasa depressi, anxiety. Banyak kes cubaan bunuh diri dan menyayat hati. Terlihat pada susuk bodi yang makin kering melidi. Kesian akak ni.

Setahun, selang sehari akak ni kena belasah teruk teruk, di pukul dan di maki depan anak, depan jiran dan depan khalayak awam. Semuanya berpunca mahu memenangkan kekasih gelapnya yang memang gelap pun.

Tahun seterusnya, akak ni tak agresif lagi seperti tahun-tahun lepas. Duitnya banyak kurang, bisnesnya banyak halangan. Suami akak ni mula berhenti beri nafkah kerana perhatian dan bajet belanjawan telah di tukar kepada perempuan gelapnya.

Akak ni akhirnya sedar, suaminya dan perempuan scandal itu sangat-sangat sepadan.

Akak ni semakin susah. Serba payah. Serba itu ini salah.

Akhirnya, akak ni duduk diam diri. Dan berselawat panjang.. Lama… Dalam keadaan dia memejamkan mata.

Dalam tak sedar, akak ni menangis. Hibanya tidak terhingga. Rasa rindunya membara. Membuatkan dia tercari-cari rindu pada siapa. Rupanya rasa itu hadir apabila berulang kali berselawat. Lembut hati jadinya. MasyaAllah… Impak berselawat sungguh luar biasa.

Terpadam semua rasa cinta, rasa kasih, rasa rindu pada suaminya. Bertukar total kepada lelaki agung sekelip mata. Hatinya terpaut pada Rasulullah SAW. Drastik! Ajaibnya peristiwa begini berlaku apabila hati manusia benar benar mengharapkan Allah. Terjadi di waktu yang tepat.

Akak ni mula jaga solat, mula menutup aurat dengan lebih baik dari hari ke hari. Mula membaca Quran setiap hari. Mula bangun solat sunat sunat malam setiap malam.

Akak ni ubah cara memandang dunia. Semua orang dia pandang baik. Meski dia kena perli depan-depan. Dia senyum dan bersyukur. Akak ni ubah perkataan yang selalu di gunakan dalam perbualan dengan lebih baik. Akak ni baca buku setiap hari. Akak ni ada rasa nak berubah dah mulakan tindakan demi tindakan.

Pada awalnya, akak ni rasa dia alami keajaiban bila suaminya tak berani lagi nak pukul dia, tak berani nak herdik depan-depan macam selalu. Paling tak pun, suaminya akan marah atau cakap kasar jauh jauh contohnya, akak ni memasak di dapur, suaminya mampu marah akak ni dari depan pagar rumah sahaja.

Akak ni sedar, Dia dah bina bulatan pendinding yang makin besar. Akak ni semakin yakin. Itu semua bukan magik. This is technology! Yang mana boleh di gunakan oleh semua orang.

Teknologi tidur awal, bangun awal. Berpuasa, jadi baik, buat baik. Sangka baik, ubah diri dengan ilmu dan rajin membaca adalah sejenis teknologi canggih yang mampu menjauhkan kejahatan dengan cepat dan tepat secara selamat.

Akak ni sedar, bahwa suaminya dah memang begitu. Bila ajak solat, kena pukul. Akak ni mengaji, kena perli. Akak ni minta maaf, kena maki. Semua perbuatan akak ni salah di mata suami.

Sehingga di meja kaunseling, suaminya cakap pada ustaz” ustaz tau tak.. Isteri saya ni pukul 10 pun solat, pukul 3 pagi pun sembahyang! Tengah memasak pun saya nampak mulutnya kumat kamit baca apa tah! Nak memandrem saya agaknya? ”

Ustaz senyum dan gosok-gosok bahu suaminya…. ” Tuan, tuan perlu belajar.. InsyaAllah tuan akan aman.

Suami akak tu masih tak faham kiasan. Dan tetap merasakan dirinya paling betul.

Akak tu pun ada cakap, ustaz tu tak rasa nak explain pasal solat dhuha dan tahajud kerana waktu tu suaminya sedang kemaruk memburukkan isterinya dan agak sukar nak terima penjelasan apatah lagi nak dengar nasihat.

Lama-lama, akak ni dapat satu skil baru. Dia banyak diam. Dia setiap hari cakap minta maaf dan terima kasih pada suaminya. Sampai muak orang tu jadinya.

Semakin akak tu cakap minta maaf dan terima kasih. Semakin bengang suaminya kerana malu, yelah… Hinaan di balas kebaikan.. Nak taruk mana muka tu kan…

Suaminya buat lawak, akak tu senyum. Suaminya cakap apa pun dia patuh dan buat terus. Suaminya marah, dia nangis. Akak ni dah tak melawan. Tak menjawab. Jadi bisu.. Rumah jadi sunyi.. Sehingga anak-anak ikut apa reaksi maknya..

Suaminya jadi bengang dan marah akak ni.Tuduh akak ni ajar anak-anak tak bercakap. Padahal anak-anak senyap sebab tak nak tersalah cakap. Nanti mak kena marah.

Cukup-cukuplah lihat kepala maknya kena selam dalam kolah sampai lelah. Anaknya tak sanggup lihat lagi. Sampai anaknya boleh cakap pada maknya ketika ayahnya tiada di rumah..

“Mak… Biar jelah ayah macam tu. Mak masuk syurga nanti InsyaAllah… Anak yang umur 7 tahun akhirnya bersuara. Akak tu nangis….

Akak ni diam-diam melepaskan semuanya dalam hati. Perempuan itu tak salah. Suaminya juga tak salah. Peristiwa ini terjadi kerana getaran mereka sama bergetar. Mereka erat terhubung di aras frekuensi yang sama. Gatal sama gatal. Miang sama miang. Bodoh sama bodoh. Cerdik sama cerdik. Baik sama baik.

Bila gatal, manusia akan berjumpa dengan ramai orang gatal. Bila baik dan buat baik, manusia akan bertemu dengan ramai orang baik baik.

Maksud hadis sahih Al- Bukhari, kitab Al-Anbiya no 2638:

“Roh itu bagaikan tentera yang berbaris, siapa sahaja yang diantara mereka yang saling mengenal akan saling mengakrabi. Dan siapa sahaja diantara mereka yang tidak mengenal akan saling menjauhi.”

Akak tu sedar. Kesulitan yang dia lalui itu bukan suatu keburukan. Allah memberikan peristiwa demi peristiwa itu kerana kebaikan. Yang mana akak ni sedar sesuatu dan dapat ilmu berharga.

Dia akhirnya enjoy dengan hidup dia. Meski selepas itu dia dipisahkan dari anak dan keluarganya. Diambil segala hartanya. Jadi papa kedana. Merempat, lapar bertahun. Susah bertahun. Hina bertahun tahun… Semuanya akak tu telan.

Dalam proses menjadi berlian, akak ni di temukan bermacam-macam orang. Ditipu, dikhianati, dipermainkan. Dia tidak kisah. Dia tahu itu proses dia nak berjaya. Dia lalui dengan riang ria.

Setiap pagi, dia cakap kepada Allah. “Ya Allah, aku buka dan membuka diriku untuk menerima apa saja takdirmu untuk ku hari ini…” Sambil senyum syukur. Itulah antara amalan akak ni setiap hari.

Cerita terlalu panjang….

Diceraikan, dipisahkan dari apa yang akak ni pernah ada. Dia tidak menaruh dendam pada kumpulan orang yang telah terlibat dalam drama keruntuhan hidupnya. Baginya mereka itu ada karma dan kifarah yang tidak akan terlepas walau sedikit pun. Akak ni percaya bahwa Allah juga ada sediakan kifarah jika dia buat baik.

Alhamdulillah, akak ni dah bahagia. Tenang hidupnya. Lapang rezekinya meski dia dah tak berkerja mana.

Akak ni kata, dia akan share 13 benda yang dia amal sehingga dia selepas di buang dengan sehelai sepinggang berkaki ayam boleh dapat gaya hidup selesa dan lunas hutang lama dengan tanpa struggle pun. Sembuh sakit lama tanpa ubat hospital. Lenyap gangguan depressi dan anxiety secara lembut dan tanpa rawatan pakar.

Tanpa akak ni bekerja. Kalau kerja pun itu bagaikan hobi, buat ketika dia suka saja.

Ini nota yang sempat saya tulis semasa akak ni bercerita tentang 13 perkara yang dia praktik yang menyebabkan hidup akak ni berubah.

[13 perkara punca rezeki.]

1. Taqwa
– barangsiapa bertaqwa kepada Allah, akan diberi rezeki dari jalan yang tak disangka-sangka

2. Tawakal
– surah at-Talaq (ayat seribu dinar) jika tawakkal Allah cukupkan dia

3. Solat
– “kami tidak minta rezeki, kami yang memberi rezeki”

4. Sedekah
– Allah ganti sehingga 10 kali ganda (kisah Ali r.a dgn unta)

5. Istighfar
– sesiapa yang melazimi istigfar Allah akan hilangkan kesempitan hidup & kesusahan

6. Syukur
– kalau syukur Allah akan tambah nikmat, kalau kufur Allah ancam azab pedih

7. Silaturahim
– mudahkan rezeki, menyambung silaturrahim panjang umur murah rezeki

8. Tuntut ilmu
– barangsiapa menuntut ilmu, Allah tanggung rezeki (kisah imam bukhari)

9. Nikah
– cari keberkatan rezeki dgn nikah (kisah sahabat mengadu tentang rezeki, Nabi suruh kawin)

10. Dakwah
– asbab terbesar rezeki…kisah para nabi

11. Tilawah Quran
-kelebihan surah waqiah, Allah hilangkan kefakiran selamanya

12. Zikir pagi dan petang
– ingat aku pagi & petang aku cukupkan keperluan pada hari itu

13. Pekerjaan
– berusaha di atas asbab

Perkara 1-12 terdapat perintah dan jaminan yang dijanjikan Allah namun perkara ke 13 iaitu ada perintah namun belum ada jaminan Allah.

Dengan taqwa, tawakkal, solat, sedekah, istighfar, syukur, silaturrahim, ilmu, nikah, dakwah, pembacaan al-Quran, zikir. Ada perintah dan jaminan rezeki dari Allah. Dengan pekerjaan belum tentu ada jaminan rezeki, tidak semestinya berniaga dapat untung..tidak semestinya kerja lebih masa dapat rezeki banyak.

Namun bukan bermaksud tidak bekerja dan tak berusaha. Di dalam surah al-Jumuah, Allah berfirman bahwa selepas solat, bertebaranlah untuk mencari rezeki kurniaan Allah, namun ada syarat, “Dan ingatlah Allah banyak-banyak” semoga beruntung(al-Jumuah:10), dan hati hendaklah sentiasa bersandar dan yakin penuh terhadap Allah.

Jangan sampai seseorang hanya tertumpu ikhtiarnya kepada pekerjaannya dan mengabaikan asbab rezeki yang utama iaitu perkara 1-12.

Sharelah, mana tahu orang yang membaca perkongsian ni sedang kecewa bertukar jadi gembira. Anda akan turut bahagia bila anda bahagiakan ramai orang.

InsyaAllah mudah-mudahan.

BACA :

Gambar sisi rahsia Korea Utara yang tak ramai pernah lihat
Kanak-kanak 9 tahun maut dicekik abang kandung, ‘Ibu nampak abang cekik adik melalui CCTV’
Bell menangis buka cerita di radio, ‘Sebelum ini saya berlakon untuk sara hidup.. Alhamdulillah saya ok’