‘Bila pakai baju koyak bank halau, tapi bila pakai ‘blazer’ terus panggil tuan’

Tular satu hantaran di Facebook mengenai seorang individu yang berasa kecewa apabila terdapat pihak bank yang menilainya daripada penampilan.

Lelaki itu pada awalnya ingin membuka akaun simpanan di bank berkenaan tetapi salah seorang pegawai di sana telah menghalaunya disebabkan baju dia koyak. Bukan tu jer, pegawai itu siap dakwa dia ‘keldai akaun’ lagi. Allahu..

'Bila pakai baju koyak bank halau, tapi bila pakai 'blazer' terus panggil tuan'

Pegawai itu juga menyuruhnya pulang dan membawa semua bil utiliti seperti elektrik dan perkara itu telah dipersoalnya.

Bank

Tidak berputus asa selepas dihalau pulang, lelaki terbabit kembali semula ke bank terbabit tetapi dengan penampilan yang lebih segak serta kemas.

Sebabkan tak puas hati dihalau, lelaki berkenaan datang semula ke bank berkenaan dengan baju lain. Bila jer masuk, gelaran ‘encik terus bertukar jadi ‘tuan’ sebabkan penampilan baru itu. Betul ‘select’, pakai kemas-kemas baru nak layan!

Daripada gelaran encik terus bertukar jadi tuan sebab saya tukar baju sahaja.

Kalau korang tengok ruangan komen, terdapat pelbagai reaksi yang diterima daripada netizen, dimana ada yang berkata diri mereka turut alami hal yang sama tetapi ada juga menegur lelaki itu untuk mengikuti SOP bank tanpa mempertikaikan apa-apa.

BACA :

Bull of Falaris, alat seksa manusia zaman purba paling mengerikan
‘Sudahlah kami ni miskin. Laki tak boleh kerja, asyik menagih’