BKM Fasa 3 berjumlah RM900 akan mula disalur September 2022. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan sebuah bantuan kewangan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2022 seperti mana diumumkan di Dewan Rakyat tahun lalu.
BKM juga merupakan bantuan kewangan lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan untuk meringankan kos sara hidup dan beban mereka berpendapatan rendah. Pembayaran BKM Fasa 1 dan 2 telah dibuat pada bulan Mac dan Jun lalu.
Oleh itu, ini adalah maklumat berkenaan BKM Fasa 3 yang akan dibayar kepada yang layak selepas ini: –
Jumlah Bayaran BKM Fasa 3
Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
Jumlah anak 0: RM200
Jumlah anak 1-2: RM300
Jumlah anak lebih 3: RM400
Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
Jumlah anak 0: RM100
Jumlah anak 1-2: RM100
Jumlah anak lebih 3: RM100
Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas
Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
Jumlah anak 0: RM500
Jumlah anak 1-2: RM600
Jumlah anak lebih 3: RM700
Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
Jumlah anak 0: RM400
Jumlah anak 1-2: RM400
Jumlah anak lebih 3: RM400
Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur Pemohon
Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
Jumlah anak 1-2: RM800
Jumlah anak lebih 3: RM900
Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
Jumlah anak 1-2: RM600
Jumlah anak lebih 3: RM600
Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
Bayaran BKM Fasa 3: RM150
Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas
Bayaran BKM Fasa 3: RM150
Tarikh Pembayaran
Kita boleh lihat bahawa bagi kemaskini yang dibuka pada bulan Ogos 2022 ini, tuntutan bayaran boleh dibuat pada 8 September 2022.
Untuk BKM Fasa 3, pembayarannya akan dilaksanakan pada bulan September 2022. Oleh itu, dijangkakan pembayaran fasa 3 BKM berkemungkin akan diterima oleh para penerima BKM pada 5-8 September 2022. Ianya bersamaan hari Isnin-Khamis pada minggu kedua bulan September tahun ini.
Pembayarannya pula adalah seperti mana sebelumnya iaitu secara kredit terus ke akaun bank yang didaftarkan atau secara tunai melalui Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
BACA:
Sah ! Azalina hantar surat letak jawatan penasihat PM