BKM fasa 3, ini syarat dapat bantuan tambahan RM500

BKM fasa 3, ini syarat dapat bantuan tambahan RM500. Pembayaran Fasa 3 dan Rayuan BKM sedang dalam proses pengkreditan mulai 20 September 2022 sehingga 27 September 2022 secara berperingkat.

Untuk fasa 3 bayaran yang diterima adalah mengikut kategori masing-masing seperti Isi rumah, warga emas dan kategori bujang.

Namun, ada yang keliru mengenai amaun yang diterima masing-masing dalam fasa 3 BKM. Ada yang dapat RM100, RM150, RM600, RM800, RM900 dan lain-lain amaun.

Kadar Tambahan BKM
Untuk makluman, mereka yang layak akan menerima kadar bayaran tambahan antara RM300-RM500 untuk BKM 2022. Tambahan BKM ini di bayar berdasarkan syarat dan kelulusan permohonan BKM.

Jadi kadar bayaran Tambahan BKM dalam fasa 3 dikira selepas di campur kelayakan asas yang diterima.

BKM fasa 3, ini syarat dapat bantuan tambahan RM500

Sebagai contoh,

  • Kategori Isi Rumah Ibu Bapa Tunggal-IBT (ada anak)
    Kelayakan Asas BKM Fasa 3 RM400 + Tambahan BKM RM500 = Jumlah RM900
  • Kategori Isi Rumah Kahwin (Warga Emas anak 1-2)
    Kelayakan Asas BKM Fasa 3 RM300 + Tambahan BKM RM300 = Jumlah RM600

Siapa yang Dapat Kadar Tambahan BKM?
Kadar tambahan hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:

  1. Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
  2. Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas.

Kadar Tambahan Bantuan BKM Mengikut Kategori

Semakan BKM Dapat Atau Tidak Tambahan Ini?
Bagi mengetahui sama ada anda dapat atau tidak tambahan bayaran ini, boleh buat semakan status di portal My BKM melalui pautan berikut;

https://bkm.hasil.gov.my/

Status akan memaparkan;

  1. Amaun kelulusan asas BKM
  2. BKM Tambahan

Status dapat BKM Tambahan & tak dapat

Mereka yang dapat tambahan BKM ini jumlah yang diterima samaada RM300 atau RM500.

  • Yang dapat RM300 isi rumah berstatus Warga Emas.
  • Yang dapat RM500 kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak.

Tarikh Bayaran BKM Tambahan
BKM tambahan ini di bayar dalam fasa 3 iaitu mulai 20 September 2022 hingga 27 September 2022.

Bayaran adalah secara berperingkat mengikut bank masing-masing.

Pembayaran Fasa 3 dan Rayuan BKM

Cara Bayaran
Pembayaran Rayuan BKM 2022 adalah seperti berikut:

  1. Ada Akaun Bank – Pengkreditan terus ke akaun bank yang didaftarkan / dikemas kini mulai 20 September 2022 secara berperingkat
  2. Tiada Akaun Bank – Penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 20 September 2022

Tuntutan BKM Tunai di BSN
Bagi bayaran secara tunai BKM turut akan dilakukan mulai 20 September 2022 (Selasa) di seluruh Cawangan Bank BSN di seluruh Malaysia.

Untuk pembayaran secara tunai ini, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN.

Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BKM. Rujuk laman sesawang BKM untuk maklumat lanjut.

BACA:

Tidak puas hati dengan keputusan, pengadil dikejar dalam padang – SUKMA

Benarkah kerajaan Pas bebas korupsi? Ini cerita sebenarnya…

Rakyat dibenarkan buat pengeluaran KWSP lagi, ini syarat pengeluaran