‘Block’ isteri sendiri, akhirnya Syamsul Yusoff buka mulut dedah apa berlaku

‘Block’ isteri sendiri, akhirnya Syamsul Yusoff buka mulut dedah apa berlaku. Panas di media sosial semalam mengenai pelakon,

Puteri Sarah yang memuat naik satu posting di Instagram dan meminta suaminya, Syamsul Yusof melepaskannya kerana tidak terima cara dimadukan yang tidak mengikut syariat.

Terkini! Pengarah Mat Kilau, Syamsul Yusof tampil menerusi satu video di Instagram bagi menjawab dan meredakan hal ini.

'Block' isteri sendiri, akhirnya Syamsul Yusoff buka mulut dedah apa berlaku

 

“Kenapa saya block? Saya tak nak cakap sebab nanti macam saya nak salahkan isteri pula tapi… Sekali lagi saya beritahu ini semua untuk mengelakkan fitnah, urusan kelaurga orang tidak tahu tetapi orang menilai sekadar kata-kata itu.

“Saya beritahu sedikit untuk anda semua faham kenapa saya block isteri saya, kerana saya seorang yang tidak suka bergaduh, macam mana saya nak berkomunikasi dengan awak wahai Puteri Sarah.

“Awak sentiasa memaki hamun saya, kau aku kau aku, saya dah tak ada ruang untuk berbicara, atau pun tiba-tiba awak Whatsapp saya maki hamun, jadi saya rasa ini memudaratkan jadi saya block.

“Ya saya block kerana itu. Saya tidak mahu hubungan kita semakin teruk, makin keruh, makin mudarat. Jadi ya saya block.

Tetapi bukan saya tidak menghiraukan awak, perbelanjaan awak, segala-galanya saya telah berikan, anak-anak kita, saya laju je bagi sebab saya kerja untuk awak, keluarga, anak kita,” jelasnya.

BACA:

Awas! 4 produk ini ada jenama halal tapi ada unsur babi

Netizen sebak tengok Yusof Haslam menangis, “First time tengok”