“Boleh beli tanah, kahwin 2 kali!” – Netizen dedah yuran sekolah anak pertama Nora Danish

Perkongsian pelakon cantik, Nora Danish yang menghantar anak sulungnya, Putera Rayqal ke sekolah berasrama penuh Kolej Tuanku Ja’afar semalam sememangnya mendapat perhatian ramai.

Hantar anak sekolah berasrama diumur 12 tahun

Mana tidaknya, tangisan Nora Danish ditepi cermin tingkap kereta sememangnya membuatkan warganet terutamanya kaum ibu memahami perasaan tersebut terutamnya perlu berpisah dengan anak tersayang.

Sekolah persendirian elit

Namun begitu, ramai tertanya-tanya sekolah mana yang mengambil kanak-kanak berusia 12 tahun untuk tinggal di sekolah berasrama.

Jadi, seorang pengguna Facebook yang juga merupakan peguam telah merungkai ‘misteri’ yuran sekolah berasrama yang merupakan sekolah persendirian elit di Malaysia.

Yuran tahunan boleh beli tanah, kahwin baru

Menurut pengguna Facebook itu, dia agak terkejut apabila mengetahui yang yuran tahunan di KTJ untuk sekolah menengah mampu membeli tanh dan bagi sekolah rendah pula seakan boleh menanggung seorang lagi isteri.

Takpelah, anak2 sekolah biasa pun dah syukur

Walau bagaimanapun ,dia berfikiran positif dengan rezeki setiap orang itu berbeza. Mufarwa Farid juga sedar yang dia tidak mampu mebiayai bayaran yuran semahal itu namun berharap anak-anak dapat mendoakannya supaya suatu hari nanti mampu menyekolahkan mereka di sana.

Perkongsian Mufarwa itu telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet. Rata-rata terkejut dengan bayaran yuran tersebut namun tidak berasa heran kerana setiap orang mempunyai kemampuan yang berbeza.

Namun, mereka lebih tertarik dengan ‘gurauan’ berkenaan bini baru yang dilontarkan oleh pengguna Facebook itu yang dilihat agak ‘berani’ walaupun telah menjelaskan hal tersebut hanyalah satu candaan.

Sumber : https://ohmymedia.cc/boleh-beli-tanah-kahwin-2-kali-individu-dedah-yuran-sekolah-anak-nora-danish/