‘Bro, ada beberapa idea. Bila timbul isu coins, ia menimbulkan kegusaran awam’

Bro, ada beberapa idea.

1. Buat Ebook, tulis tentang diri bro, bibliosikit, dan apa yang mencetus bro utk buat semua ni dan tulis sejarah2 bantuan2 yg pernah dibuat dan kejayaan2nya.

2. Jadikan ebook ni as “medium dagangan” untuk akaun Sdn Bhd tu. So juallah berapa pun dan masuklah ke akaun Sdn Bhd, ia terus jadi legal. Saya rasa lebih ramai akan bantu bila ia legal. ebook hampir zero dan sangat minimal cost. So gunalah duit jual ebook tu utk tujuan2 murni tu. Allah swt akan bantu.

'Bro, ada beberapa idea. Bila timbul isu coins, ia menimbulkan kegusaran awam'

3. Saya turut derma dalam beberapa siri kutipan yang bro buat tapi bila timbul isu coins, ia menimbulkan kegusaran awam. sebab kita taknak masyarakat kena lagi macam kes JJPTR. Rm 1.4 Billions dia kutip, janji nak refund bila collapse dan ghuyup.

4. saya faham the messiah complex tu hampir semua yang ada idea best dan besar akan kena sindrom ni, mujur cepat ramai tegur. ia satu hikmah besar.

5. Waktu kita ada idea yang kita rasa it will solve big problems dan selamatkan ramai orang, benda ni akan jadi. bisikan ni sukar dielak. syukur banyak dapat teguran ramai, dan dapat teguran awal dari BNM, daripada terus kena cekup, lagi merana.

6. Sebab tu tak pelik bro kata dalam satu video tentang industri takaful tu begitu. Dulu saya buat bantuan susu ketika PKP 1, 3000++ orang dapat bantuan cash yang asalnya dari isteri dan saya sendiri,kemudian dari suntikan dana kawan2 yang pm nak chip in, (saya tak berani minta dana awam) transparent seluruh Malaysia, itu pun rasa saya dah buat “kerja besar”. Walhal industri takaful bantu Rm6juta sehari bagi 1 company, belum company2 lain. Dan berbillion setahun, dengan akad dan syarat berbentuk tabarru’. Sebab ada messiah complex, kita jadi banyak “i” dari “we”. Takpa, bro masih muda dan energy tu patut dibawa ke channel sepatutnya, dengan dorongan dan saluran yang legal.

7. Dan sindrom ini juga akan buat diri bro stress, terasa difollow, terasa diperhati, terasa dicari, terasa diancam, sedangkan naga-naga yang disebut dicanang tu pun sesak napas sesama sendiri dan fikir nak survive diri mereka. Ia i-centric.
8. Tapi takpa. semua benda ni ada hikmah dan moga timbulkan banyak kesedaran positif kepada banyak pihak yang duduk saja, makan gaji buta, tak perah idea, dan sebagainya.

9. Bro tak reinventing the wheels, you try to make it better dengan solo style sebab takut orang lain masuk campur dan jadi terpesong, tapi try dapatkan professionals beriman, inshaAllah ramai di luar sana.

10. Saya ada dalam grup Programmer UI/UX. Ramai bagi nasihat bagus2 dalam tu tanpa kaitkan apa2 kontroversi. bro pun ada dalam tu dan tanya dalam tu. Ramai support share ilmu.

11. Buat kerja seorang diri, kita rasa semua benda dalam checklist tu dah complete, tapi pasti ada benda kita terlepas pandang. Cari kerjasama.

12. Nanti kita jumpa.

BACA :

Pemuda buat ‘content’ sambung ayat dapat RM50! Kisah jumpa ‘mat Bangla’ pijak kasut bikin netizen sayu
‘Gila ke apa, kalau 10 0rang buat macam ni, makan pasir la rider’
Selepas kehilangan ketua keluarga, 9 beranak tak mampu bayar sewa diminta keluar rumah