Budak lelaki pura-pura batuk selepas wanita sebelah batuk, ‘Taktik orang lama kau pakai dik’.
Kepesatan teknologi menyebabkan pengaruh penggunaan media sosial menjadi semakin dominan
Hal itu menyebabkan ramai yang mengambil peluang untuk merakam momen-momen bersama keluarga dan kawan-kawan serta meletakkannya dalam akaun media sosial peribadi seperti platform TikTok.
Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang budak lelaki pura-pura batuk di sebuah kedai makan telah meraih tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
@aidakitchen_ Anak sapa la ni kecik kecik dah tunjuk miangšš #seketulumar #umarrayyan ⬠bunyi asal – Aida Kitchen349
Pura-pura batuk selepas wanita sebelah batuk untuk curi perhatian
Menerusi video yang dimuat naik oleh @aidakitchen_ di TikTok, kelihatan seorang budak lelaki dirakam sedang menonton sesuatu dalam telefon bimbit di sebuah meja di kedai makan.
Dalam video itu, terdapat dua wanita yang sedang lepak di meja sebelahnya dan dilihat salah seorang daripadanya telah batuk. Apa yang menarik perhatian adalah budak tersebut juga berpura-pura batuk sambil melihat dua wanita itu.
Hal berkenaan menyebabkan mereka tergelak melihat reaksinya dan dapat juga dilihat budak lelaki itu ketawa dan tersenyum lebar apabila perasan dua wanita itu melihatnya.
“Wow, taktik orang lama kau pakai dik. Pandai eh haha” – Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 255.4K views, 33.1K likes dan 178 comments di TikTok.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat budak lelaki tersebut dan memberi komen mencuit hati mengenainya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Kecil-kecil dah pandai mengorat ya dik.
BACA :