‘Bulan ini agak sempit untuk semua orang. Orang nak bayar bil klinik pun tak mampu’

Bulan ini agak sempit untuk semua orang. Di klinik pun pesakit kurang.

Ada sahabat2 dr klinik lain bertanya hal ini sama ada mereka sahaja atau aku sekali kurang pesakit.

Aku pun bernyanyi, ‘Kita serupa (kita serupa), kita serupa (kita serupa), Hadirku untuk mengubat luka, oh, Kita serupa (kita serupa), kita serupa (kita serupa), Walaupun hatiku pernah dikecewa’

'Bulan ini agak sempit untuk semua orang. Orang nak bayar bil klinik pun tak mampu'

Dan bulan ni banyak pesakit yang datang yang akan bgtau,’doktor jangan mahal sangat doktor”.

Jadinya aku akan tanya balik pakcik atau makcik,abang kakak ada had ke utk bayaran.

Kalau bayaran sepatutnya lebih dr budget diorg,biasanya aku akan adjust accordingly supaya dpt penuhi budget diorg tanpa mengganggu plan treatment aku..tp kalau x dpt dan lebih dr budget diorg,biasa kos konsultasi la aku turunkan atau burnkan sbb ubat still perlu bayar ke supplier.

Malam tadi,ada makcik datang dah UTI symptom dah 3 hari.Ufeme leukocyte 3+.nitrate positive.nak start antibiotik.makcik bgtau,'”doktor jangan mahal sangat.”

Aku pun tanya makcik ade bajet berapa. Makcik jawab ada rm 50 je.bila kira2 dengan antibiotik,ubat lawas kencing,ujian air kencing,kos konsultasi semua dah lebih dr budget makcik.so cut la mana yg boleh cut..xpe la bayar je mana yang makcik mampu..asalkan makcik sihat.moga ada rezeki alek lain.

Minggu lepas plak,ada ayah bawak anak umur 8 tahun nak claim atas kad sejahtera utk rakyat terengganu yang b40.

Kebetulan hari jumaat,KK tutup. Bila cek nama anak takde dalam coverage. Staff tanya boleh ke kalau bayar,sbb nama anak x cover.

Ayahnya bgtau pd staff'”saya takde duit.”

Kebetulan aku pasang cctv dr desktop.aku nampak dia tarik tangan anak dia keluar dr pintu klinik dan hilang dr pandangan.

Aku suruh staff panggil semula masuk dalam bilik aku. Staff berlari keluar dan memanggil ayah dan anak tadi.

“Doktor panggil”,kata staff jelas kedengaran dr CCTV. Ayah dan anak pun masuk.aku suruh daftar dan aku bgtau xpe.

Soal bayaran kita kira belakang.biar anak sihat dulu.aku pun ada anak.aku pun pernah dlm susah kecil2 dulu.

Rupanya anaknya dah demam 4 hari.nak bawak klinik hari kerja tp ayah terpaksa tinggal kerja.nanti gaji hari tak jalan.

Hari jumaat cuti so ayah bawak anak ke klinik aku dengan harapan dpt guna kad sejahtera yang kerajaan terengganu beri untuk golongan b40 guna di klinik swasta.tp anak dia xde plak dalam nama tu.

Aku cakap xpe.kita rawat anak dulu. Rupanya tonsilitis.aku bg ubat dan antibiotik.

Aku bgtau xperlu bayar.nanti aku try kodek2 kad sejahtera ayah dia je.staff suruh ayah dia ke pejabat DUN untuk update nama anak2.

Ayahnya nampak gembira dan bersalam dengan mengenggam kedua2 tangannya sambil mengucap,”terima kasih doktor” beberapa kali. Mungkin lega tak perlu risaukan hal rawatan anak dah pada hari tu.

Pernah ada remaja rebah motor dalam hujan depan klinik. Luka sana sini.Dah malam. Aku pun rawat dressing 3 tempat,ubat,injection ATT.

Bila nak keluar,”doktor,saya ada rm30 je”. Masa tu mari jugak rasa,aiseyman…camno ni.

Bila tanya,dia belajar tahfiz.asal dr Pantai Barat.tu je duit yang dia ada sehingga parent dia masukkan duit semula next weeknya.

Aku tanya dia dah makan mlm belum? Dia kata belum.so aku kata xpe la,awak bayar 10 sahaja upah staff then 20 tu buat dinner/belanja.

Ada juga yang datang bila terima rawatan,cucuk ubat dan buat prosedur.masa nak serah ubat tak cukup duit.dia kata bayar dulu yang mampu then nak pergi ambil duit kat ATM.

Dia tinggalkan dulu ubat yang utk bawak balik nanti dia akan dtg ambil semula.sampai hari ni ubat dia termenung kat kaunter tu..so tutup buku je la.

Tapi dalam banyak2 yang pagi ni sangat sangat rare. Pesakit bgtau,”jangan mahal sangat doktor.”

Aku pun tanya ,”makcik ada bajet ke?”

Makcik jawab,” jangan sampai rm 500 doktor.”

Makcik nak wat facial lifting ke ape ni makcik oi???????

Ni bukan medispa atau klinik kayangan makcik. Aku cakap jangan risau makcik. Actually mak aku selalu pesan jangan cekik darah.

Ekonomi mencabar. Harga barang naik.

Tapi tu la dilema kami yang duduk di swasta ni.bukan x paham ada orang susah,kami x boleh la rigid sangat dengan model perniagaan sampai hilang pertimbangan dan rasa kemanusiaan tp x boleh la lenient sangat sampai x berbayar sbb kami pun ada staff nak bayar gaji,ada sewa nak bayar,ada bil nak selesaikan,anak bini nak beri makan,nak bayar supplier,nak bagi duit ke mak ayah.

Cuma setiap hari aku berdoa Allah luaskan rezeki kami semua.

Teringat ada org pernah cerita,cara meniaga yang paling bagus cara Nabi SAW,ikut kemampuan pelanggan tapi memenuhi hasrat pelanggan.

BACA :

[VIDEO] Isteri cuci kereta sampai RM780, ternganga nak beritahu suami
Rider tegur warga Singapura isi minyak dalam tong hilang kerja, akaun Grab kena gantung
Raissuddin Hamzah titip nasihat untuk Shuib, ‘Harap jaga hati mentua baru, tak perlu fikir tentang dirinya’