Cacar monyet catat kematian pertama di Eropah

Cacar monyet catat kematian pertama di Eropah. Eropah mencatatkan korban pertama akibat penyakit cacar monyet selepas Sepanyol pada Jumaat mengesahkan satu kes kematian disebabkan wabak itu, lapor Agensi Anadolu.

Kes itu juga adalah kes kematian kedua yang dilaporkan di luar Afrika,

Menurut Kementerian Kesihatan Sepanyol 120 pesakit cacar monyet kini dimasukkan ke hospital, menyumbang 3.2 peratus daripada 3,750 pesakit.

Cacar monyet catat kematian pertama di Eropah

Sepanyol setakat ini telah mengesan 4,298 kes yang disahkan daripada 17 komuniti berbeza.

Madrid mempunyai jumlah jangkitan tertinggi dengan 1,656, diikuti Catalonia (1,406) dan Andalusia (498).

Terdahulu pada Jumaat, Brazil melaporkan kematian akibat cacar monyet iaitu kes pertama di luar Afrika.

BACA:

Kata-kata peniaga ini buat rider Grab Food menangis, ini puncanya

13 jenis pengeluaran KWSP dibenarkan, walaupun usia masih muda

Dipercayai jadi mangsa senapang angin, kucing derita perut berisi nanah