Cara buat telur ‘gedik’ yang sempurna, kena masak dalam senduk macam ni

Cara buat telur ‘gedik’ yang sempurna, kena masak dalam senduk macam ni.

Telur goreng separuh masak atau dipanggil telur gedik ini memang ramai peminatnya. Letak sikit kicap di atasnya memang nikmat makan. Biasanya golongan suami dan anak-anak lelaki yang suka.

Buat telur gedik ini nampak macam senang, tapi kan ramai juga yang beberapa kali mencuba tak menjadi. Tak gedik sama ada terlebih masak atau hangus keliling. Susah nak dapat telur yang putih dan cair di dalamnya.

Cara buat telur 'gedik' yang sempurna, kena masak dalam senduk macam ni

Supaya tak gagal lagi boleh ikut step by step buat telur gedik yang dikongsi oleh Laila Mijan.

Cara buat telur ‘gedik’, confirm jadi

Teknik Buat Telur ‘Gedik’ Yang Perfect. Kena Masak Dalam Senduk Macam Ni

Ini cara saya buat telur gedik untuk anak anak dan suami.

1.Mula-mula rebus air sampai menggelegak kemudian ambil senduk kemudian rendam sekejap dalam air mendidik tadi.

2. Kemudian angkat senduk tadi dan sapu dengan minyak masak.

3. Selepas itu pecahkan telur dalam senduk yang disapu minyak tadi.

Teknik Buat Telur ‘Gedik’ Yang Perfect. Kena Masak Dalam Senduk Macam Ni

4. Letak senduk berisi telur atas permukaan air yang menggelegak (macam teknik double boiler). Tunggu telur memutih sekitarnya kemudian baru celup senduk sepenuhnya dalan air panas tadi.

Teknik Buat Telur ‘Gedik’ Yang Perfect. Kena Masak Dalam Senduk Macam Ni

5.Bila dah putih bahagian atas, bolehlah angkat telur tadi. Tos airnya dan hidang.

Teknik Buat Telur ‘Gedik’ Yang Perfect. Kena Masak Dalam Senduk Macam Ni

Ini pula alat yang saya guna untuk sapu minyak pada senduk.

Teknik Buat Telur ‘Gedik’ Yang Perfect. Kena Masak Dalam Senduk Macam Ni

Selamat mencuba.

BACA :

Anak jenis suka makan nasi kosong tanpa lauk, si ayah naik murung
‘Kakak, abang dah lama berhenti sekolah kerja di mall..’ Murid tahun 6 kerap ponteng jaga ibu strok
Nenek usia 62 tahun jumpa jodoh di TikTok