Cedera gaduh dengan kucing, kos rawatan hamster ini cecah ribuan ringgit

Cedera gaduh dengan kucing, kos rawatan hamster ini cecah ribuan ringgit

Ramai antara kita yang memang suka akan haiwan peliharaan. Kalau boleh semua haiwan dibela di rumah.

[bg_collapse view=”button-red” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]

Kalau di luar pula pantang jumpa haiwan jalanan yang terbiar. Ada yang sanggup membelikan makanan siap dengan minuman buat mereka.

Ada juga yang sudah persiapkan wang gaji mereka untuk membelikan makanan buat haiwan jalanan.

Cedera gaduh dengan kucing, kos rawatan hamster ini cecah ribuan ringgit

Pexels
Selain daripada anjing dan kucing, ramai yang memilih untuk membela haiwan peliharaan seperti hamster kerana fizikal mereka yang kecil dan comel. Tidak hanya itu, hamster juga sangat aktif dan lincah. Spesies ini dikatakan sangat aktif terutama sekali ketika watu malam. Oleh sebab itulah, ramai yang suka akan hamster terutama anak kecil.

Tidak kiralah apa pun alasan untuk membela hamster apa yang penting kita perlu tahu sedikit tentang hamster. Bagi yang tidak tahu, spesies ini sebenarnya suka bersendirian dan memerlukan dan suka ruang sendiri. Apabila dimasukkan dengan hamster lain mereka boleh menjadi sangat agresif dan juga membunuh hamster lain yang ada di sekitar mereka.

Cedera gaduh dengan kucing, kos rawatan hamster ini cecah ribuan ringgit

Kedengaran hamster adalah haiwan yang agak ‘gangster’. Walaupun kecil sahaja fizikalnya, spesies ini sangat kuat sebenarnya. Bukti lain seperti yang berlaku kepada seorang netizen apabila hamsternya dikatakan telah ‘berperang’ dengan kucing peliharaannya di rumah.

Apa yang melucukan ialah pemilik hamster tersebut dikatakan telah membeli hamster tersebut dengan harga yang murah. Dia kemudian membawa hamster tersebut pulang ke rumah dan akhirnya telah menimbulkan ‘pergaduhan’ antara mereka.

Cedera gaduh dengan kucing, kos rawatan hamster ini cecah ribuan ringgit

Akibatnya, hamster tersebut telah ‘kalah’ dalam pergaduhan tersebut mengalami kecederaan yang agak parah. Apabila dibawa berjumpa doktor haiwan dan imbasan dilakukan, doktor mendapati mendapati tangan hamster tersebut telah patah.

Apa yang melucukan kos rawatannya mencecah RM2000. Bayangkan harga hamsters tersebut hanya RM20 tetapi kos rawatannya mencecah RM2000!

Apa yang mengagumkan hamster tersebut berjaya bertahan hidup.

Walaupun telah ‘bertarung’ dengan kucing yang sememangnya jauh lebih besar dan kuat daripadanya tetapi dia tetap bertahan hidup dan hanya patah tangan sahaja.

Ada netizen yang mengatakan hamster tersebut tetap nampak comel walaupun dengan anduh pada tangannya itu.

Tidak hanya itu, ada juga yang mengatakan hamster tersebut ‘power’ kerana hanya patah tangan sahaja selepas bergaduh dengan kucing.

Tonton:

BACA JUGA:

JAWI umum tiada lagi penjarakan sosial di masjid, namun ada syarat pula

Kecoh Tengku Zafrul letak jawatan Menteri Kewangan, ini jawapan tuan badan

Dah lama bercinta online dengan makwe Rusia, sekali bila jumpa ini yang jadi

[/bg_collapse]