China buat hal lagi, kali ini buat pesawat paling laju di dunia!

China buat hal lagi, kali ini buat pesawat paling laju di dunia!

Bayangkan kalau kita berupaya untuk berada di pelbagai buah negara dalam masa beberapa jam sahaja?

Tidak mustahil impian boleh direalisasikan dengan ciptaan pesawat paling laju di dunia ini.

China sedang membina pesawat hipersonik 12,000 batu sejam (kira-kira 19,312.128 kilometer per jam) yang boleh mengangkut 10 penumpang ke mana-mana sahaja di dunia dalam masa satu jam.

[bg_collapse view=”button-green” color=”#4a4949″ expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]

Pesawat sepanjang 148 kaki (45 meter) itu hampir satu pertiga lebih besar daripada Boeing 737 dan mempunyai sayap delta yang serupa dengan Concorde, tetapi dengan hujungnya mengarah ke atas.

China buat hal lagi, kali ini buat pesawat paling laju di dunia!

China berjaya cipta pesawat hypersonic paling laju di dunia, cecah 19,000 km/j

Menurut Daily Mail, pesawat itu lima kali lebih laju daripada kelajuan bunyi. Wow!

Model pototaipnya didedahkan dalam kajian saintis angkasa lepas China yang terlibat dalam misi Marikh dan bulan negara itu.

Difahamkan para saintis China mengasaskan reka bentuk pesawat itu daripada rancangan yang ditinggalkan oleh Nasa.

Mereka memajukan ciptaan pesawat itu daripada reka bentuk dan teknologi Boeing Manta X-47C yang merupakan sebahagian daripada projek yang ditinggalkan oleh Nasa pada tahun 2000 kerana dikatakan menelan kos terlalu mahal.

China buat hal lagi, kali ini buat pesawat paling laju di dunia!
Boeing Manta X-47C

Ming Han Tang, bekas jurutera dalam program hipersonik Nasa, mereka bentuk teknologi pesawat X Kenderaan Dua Peringkat (TSV) yang menggunakan dua enjin berasingan tanpa bahagian bergerak pada setiap sisi pesawat.

Mereka menyasarkan untuk melengkapkan binaan kumpulan pertama pesawat hebat itu pada penghujung 2035 dan mengembangkan ia kepada pesawat untuk membawa 100 penumpang menjelang 2045.

China buat hal lagi, kali ini buat pesawat paling laju di dunia!
Lockheed SR-71 Blackbird

Setakat ini Lockheed SR-71 Blackbird ialah pesawat jet terpantas di dunia.

Ia mencapai kelajuan Mach 3.3 iaitu lebih daripada 3,500 kph (2,100 mph) dan hampir empat kali lebih pantas daripada purata kelajuan pelayaran pesawat komersial.

Tonton:

Berita Lain:

Orang ramai terkejut tengok penampilan pelik DSV, “macam tak siuman..”

Gelagat adik ni jual surat khabar tepi jalan buat netizen sebak

Hanya guna bahan buangan ini sahaja untuk lebatkan buah di pokok

[/bg_collapse]