Coke boleh menyebabkan kanser? Ini penjelasan dari Dr Malar

Coke boleh menyebabkan kanser? Ini penjelasan dari Dr Malar. Baru-baru ini, tular berita mengenai bahan pemanis dalam Diet Coke boleh mengakibatkan kanser. Betul ke?

Menerusi satu perkongsian video di Tiktok, individu yang dikenali sebagi Dr Malar tampil memberi penjelasan mengenai berita berkenaan.

Bagi penggemar minum Diet Coke anda tidak perlu gelisah kerana bahan pemanis yang dikenali sebagai pemanis aspartame tidak akan menyebabkan kanser.

Coke boleh menyebabkan kanser? Ini penjelasan dari Dr Malar

Dr Malar menjelaskan bahawa ada bahan-bahan yang berpontensi menyebabkan kanser telah diklasifikasikan dalam 4 kumpulan.

kanser

Menurut Dr Marla, bahan-bahan yang terbukti menyebabkan kanser diletakkan di dalam kumpulan 1 manakala bagi bahan yang terbukti kukuh tidak memberikan kesan kepada manusia tergolong di dalam kumpulan 2A.

Jadi, bahan pemanis aspartame tergolong di dalam kumpulan apa?

Bahan tersebut diklasifikasikan di dalam kumpulan 2B iaitu bahan-bahan yang terbukti memberi sedikit kesan pada haiwan tetapi tidak langsung pada manusia.

Malah, Dr Marla turut menasihati walaupun ia tidak memberi kesan yang buruk kepada manusia, anda boleh kurangkan kekerapan pengambilan minuman Diet Coke.

Penggunaan Air fryer Turut Menyebabkan Kanser

Sementara itu, Dr Marla juga memberi sedikit pencerahan mengenai berita yang mengatakan Air Fryer turut memberi kesan buruk seperti kanser pada manusia.

@drmalarss Diet Coke penyebab kanser??? Tengok video sampai habis ye!! And sy terangkan tentang Air Fryer jugak sekali. #celotehdrmalar #fypシ #fypシ゚viral #dietcoke #kanser #drmani ♬ original sound – CelotehDrMalar

BACA :

Ibu terima mesej scam konon ugut bunuh anak, ‘Ingat mak aku bodoh ke?’
[VIDEO] Helikopter hantar murid ke sekolah dekat Shah Alam
Jangan tulis nama ALLAH pada kad jemputan kahwin.. ‘Dah lama aku tegur, ramai tak ambil kisah dan peduli’