‘Content creator’ bakal dikenakan cukai

Mesir akan mengenakan cukai terhadap pencipta kandungan media sosial, dalam usaha bagi meningkatkan hasil negara ini, berikutan semakin ramai rakyat menggunakan platform dalam talian untuk menjana pendapatan.

Menurut pihak berkuasa percukaian dalam satu kenyataan, ‘YouTuber’ serta ‘blogger’ yang meraih pendapatan lebih 500,000 pound (AS$32,000) setahun akan dikenakan cukai.

Perangkaan rasmi menunjukkan Mesir, iaitu negara Arab yang memiliki jumlah populasi tertinggi dengan lebih 100 juta penduduk, telah mencapai 60 peratus kadar penembusan Internet, setakat ini.

BACA JUGA : Fitnah bekas pegawai khas Khalid Samad, Alan Ridzuan ABATA kalah saman, terbukti memfitnah

Pengumuman langkah percukaian itu menyaksikan media sosial dibanjiri pelbagai komen netizen.

“Penjual sayur yang miskin dikenakan cukai, jadi kita juga boleh mengenakan cukai terhadap golongan kaya,” kata seorang rakyat Mesir melalui Twitter.

Bagaimanapun, seorang lagi berpendapat langkah baharu itu akan menyebabkan pencipta kandungan meninggalkan negara ini.

BACA JUGA : Zuraida umum kes Adib ditutup, tiada pembunuh berjaya dihukum

“Jika mahu mengenakan cukai terhadap ‘Youtuber’, kerajaan perlu sekurang-kurangnya menyediakan Internet lebih baik serta menghapuskan pakej gigabit yang terhad,” kata seorang pengguna dalam Twitter.

Pegawai kanan pihak berkuasa percukaian, Mohamed al-Gayyar, menjelaskan sesiapa yang meraih keuntungan di Mesir mesti dikenakan cukai secara adil walau apa juga bidang pekerjaan mereka.

Seorang lagi pegawai percukaian, Mohamed Keshk, memaklumkan individu mengingkari keputusan baharu itu boleh didakwa melanggar undang-undang berkaitan yang membawa hukuman penjara hingga lima tahun.

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/dunia/afrika/2021/09/869367/pencipta-kandungan-media-sosial-di-mesir-bakal-dikenakan-cukai