‘Dahlah mak baru meninggal, ayah pula disahkan kanser prostat’

‘Dahlah mak baru meninggal, ayah pula disahkan kanser prostat.’

Masa ayah mula-mula kena kanser dulu, semua down. Baik ayah, mahupun anak-anak.

Dahlah mak baru meninggal, ayah pula disahkan kanser prostat.

Memang sedih habis.

'Dahlah mak baru meninggal, ayah pula disahkan kanser prostat'

Bila ayah mula buat radioterapi, ayah dah rasa tak sedap badan. Susah nak berak, makan tak berselera. Lesu dan tak bertenaga.

Dalam masa seminggu, kurang dekat 5kg beratnya.

Ayah dah fikir macam-macam. Asyik sebut mati saja. Walaupun puas kami berikan kata-kata positif, perasaan ayah tetap sama.

Sampailah saya dan ayah bertemu dengan orang pesakit. Masa itu kami sedang tunggu kereta adik.

Kami bertembung dengan seorang pesakit lelaki berkerusi roda.

Dia juga sedang menunggu kenderaan.

Muda lagi budaknya. Tua lagi saya, rasanya.

Ayah pun mula berbicara.

“Berapa lama sakit dah ni dik?”

Dia pun menjawab. “Dah dua tahun lebih pak cik. Saya ada 4 kanser. Mula-mula dua. Lepastu baik. Naik lagi dua.”

Allahu akbar. 4 kanser terus.

“Mula-mula (saya tak ingat) dah elok. Kemudian naik mata dan kepala.”

Sambil dia membuka topi.

Terus berderau darah kami.

“Mata saya sebelah ni dah buta pak cik.”

Terus rasa sebak.

Kemudian, dia pun bercerita macam mana down nya dia pada peringkat awal dahulu. Sudahlah muda lagi, kemudian tak boleh kerja. Tak ada duit. Menyusahkan ibu pula.

Semua itu menjadi beban dalam kepala beliau.

Saya dan ayah, tekun mendengar.

“Macam mana abang boleh kuat ya?”

Panjang lebar dia bercerita.

“Ayah saya ni, belum apa-apa dah sebut pasal mati.”

“Eh, jangan macam tu pak cik. Semua yang pak cik rasa tu adalah kesan radioterapi. Saya ni, 4 kanser. Nyawa-nyawa ikan dah.

Sampai satu tahap, nafas saya pendek-pendek. Nak nafas pun macam tak keluar. 50/50. Ingat mati saja. Tapi Allah bagi sembuh.

Alhamdulillah, dua tahun dah dengan 4 kanser. Kepala kena bedah, mata sebelah buta.”

Masa itu, saya fikir, saya telah bertemu dengan seorang ‘kaunselor’ kehidupan yang paling layak untuk membantu ayah saya kuat.

Kami sebagai anak-anak, tak tahu dah nak nasihatkan bagaimana.

Tapi, pertemuan sekitar 10 minit dengan pesakit itu, mengubah sisi pandang dan paradigma ayah.

Alhamdulillah, selepas itu, ayah semakin sihat.

Selera ayah semakin menjadi-jadi. Daripada turun 5kg, berat naik mencanak-canak.

Alhamdulillah, kami anak-anak juga sudah semakin yakin, dengan izin Allah, ayah akan sihat.

Begitulah rakan-rakan.

Bila kita tahu, ketika sama ada kita atau orang yang kita sayang ditimpa ujian kesakitan, pasti akan down.

Masa itu, menangislah. Keluarkan semua tangisan sampailah kita rasa lega.

Dah selesai, bangkit dan usahlah mencari penawar.

Dengan kecanggihan industri perubatan kini, semua penyakit akan ada ubatnya. Kecuali mati.

Sesiapa yang diuji, terus kuat, ya. Banyakkan berdoa. Semoga Allah memeluk doa-doa kita.

BACA :

Kesan dan akibat durian mula dijual dengan menggunakan timbangan kilogram
Pernah menjadi tumpuan ramai, warga kota terkejut lihat keadaan Stesen Puduraya terkini
Permohonan P. Ramlee untuk membuat filem ini tidak disetujui kerana terlalu banyak belanja