‘Darkside’ kehidupan Caprice didedah, ini respon beliau…

‘Darkside’ kehidupan Caprice didedah, ini respon beliau… Sejak semalam hangat diperkatakan apabila tular video di aplikasi TikTok memaparkan seorang individu yangnmahu mendedahkan sisi gelap penyanyi rap, Caprice.

Menerusi satu perkongsian lewat malam tadi, Caprice memuat naik satu perkongsian memberitahu dia mengetahui perkara itu selepas dimaklumkan isterinya, Farra Inalis.

'Darkside' kehidupan Caprice didedah, ini respon beliau…

 

“Cap dah lena tidur, tiba-tiba isteri kejutkan dan tanya siapa perempuan ini. Jadi, kita buka lah album kat Facebook lama dan cuba cari. Haih.. kalau jadi ‘bad boy’ adalah jenayah, saya minta maaf Malaysia, saya harap saya tak menjadi begitu comel pada ketika itu,” tulisnya.

Sementara itu, Caprice dilihat ada memuat naik video di Insta Story, memberitahu dia terpaksa tidur di sofa selepas gagal mencari identiti wanita terbabit.

Malah, Caprice berkata dia tenang menunggu ‘sisi gelapnya’ didedahkan oleh individu berkenaan. Malah, Caprice berkata bukan dia sahaja, mereka diluar sana juga turut menantikan pendedahan tersebut.

BACA JUGA:

Lana Nordin bedah hidung lagi sekali ini yang jadi

PU Abu menyesal dengan kesilapan lalu

Helikopter terhempas di Cameron Highland, ini keadaan mangsa menurut Polis