‘Dato buat rumah bandar macam rumah kampung ‘ – Netizen

‘Dato buat rumah bandar macam rumah kampung.’

Diasaskan pada 13/3/1985, nama besar syarikat penerbitan filem dan televisyen, Skop Productions milik Datuk Yusof Haslam tidak perlu diperkenalkan lagi.

Selain menjadi pengarah dan penerbit, beliau juga pernah bergelar pelakon popular suatu ketika dahulu. Walaupun sudah jarang muncul sebagai pelakon, Datuk Yusof Haslam dilihat masih reIevan sehingga sekarang.

Hari ni budak intern duk sibuk nak ikut saya tengok kebun, ayam itik yang saya bela.

'Dato buat rumah bandar macam rumah kampung ' - Netizen

Baru-baru ini, TikTok rasmi Skop Productions memuat naik video lawatan ke sekitar rumah banglo 6 tingkat milik figura ini yang dahulunya juga pernah digunakan sebagai lokasi penggambaran ‘Sembilu Kasih’.

@skoptiktok Vlog Di Rumah Datuk Yusof Haslam #fyp #vlog #skoptiktok #skopproductions ♬ Membayang Terbayang

Nampaknya Datuk Yusof Haslam sangat merendah hati memenuhi permintaan staf pelatihnya yang mahu melihat kawasan perumahan besar itu.

Eh budak-budak intern, kau turunlah! Kau takut eh, ada ayam ni.

Bermula dengan geIanggang yang dulu menjadi lokasi beliau dan Syamsul bermain badminton, mereka kemudiannya beralih ke kawasan kandang kambing dan juga reban itik, angsa serta ayam.

Jika selama ini terlihat sebagai sosok yang agak serius, siapa sangka Datuk Yusof Haslam rupanya sangat peramah dengan lawak-lawak spontannya.

Saya suka pakai tangga supaya kita lebih kuat

Walaupun tangga untuk menuruni setiap reban itu agak jauh dan nampak memenatkan, beliau akui lebih suka berjalan apalagi ia bagus untuk kesihatan berbanding memasang ekskalator.

Lawatan itu diakhiri dengan kawasan balkoni yang tersaji dengan pemandangan hijau pokok-pokok hutan.

BACA :

‘Dahlah mak baru meninggal, ayah pula disahkan kanser prostat’
‘Awek saya keluar dengan kawan baik saya bang, saya ni berniaga bang, takde masa nak keluar layan awek saya’
Ibu bapa buang anak Sindrom Down, bibik sanggup jaga pemuda seperti cahaya mata sendiri