Dato’ Hattan bengang hadap jem 2 jam di KL, ini puncanya…

Dato’ Hattan bengang hadap jem 2 jam di KL, ini puncanya…Penganjuran Le Tour De Langkawi edisi ke-26 sudahpun membuka tirai sejak beberapa hari kebelakangan ini. Sudah tentu, beberapa lokasi melibatkan jalan utama telah dimaklumkan akan ditutup dan para pengguna jalan raya dinasihati merancang dahulu perjalanan.

Bengang tersangkut 2 jam

Walau bagaimanapun, menerusi Instagram penyanyi lagenda, Dato’ Hattan, dia telah meluahkan rasa kesalnya apabila terperangkap hampir dua jam akibat daripada penutupan jalan disebabkan Le Tour De Langkawi.

Siapa punya idea la berlumba tengah KL

Tambah penyanyi asal Negeri Sembilan itu, penutupan jalan tersebut membuatkan dirinya tidak seIesa dan tidak dapat berfikir bagaimana jika dia ingin ‘membuang air’ sewaktu tempoh berkenaan.

Dato' Hattan bengang hadap jem 2 jam di KL, ini puncanya...

“Saya dari bulatan Kampung Pandan nak ke bangunan Tabung haji tapi dah nak dekat 2 jam. Pasal apa? Sebab jalan tutup, lumba basikal. Siapa punya idealah berlumba dekat tengah bandar Kuala Lumpur ni,” ujarnya.

Sabar tok sabar

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet termasuklah rakan artis meminta agar selebriti berkenaan bersabar. Ada juga sebahagian daripada mereka yang menyuarakan hal yang sama kerana terpaksa memberhentikan kenderaan demi memberi laluan kepada penganjuran acara berbasikal tersebut.

Namun begitu, Le Tour De Langkawi edisi ke-26 telah pun dimaklumkan lebih awal bagi membolehkan para pengguna jalan raya bersedia serta memberi laluan kepada para peserta bertanding.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hattan (@dato_hattan)

BACA:

Pekerja bank nekad saman kerajaan 20 juta kerana vaksin, ini puncanya

Tiktok jadi medium utama generasi baru berbanding Google, ini puncanya

Ikan Ketarap tak Di galakkna makan , ini sebabnya