DD Chronicle dari hasil video parodi kini ada single sendiri

DD Chronicle dari hasil video parodi kini ada single sendiri. Selepas lebih 2 tahun ditubuhkan serta telah berjaya mengumpul hampir 9 juta tontonan secara keseluruhan melalui channel 4U Entertainment, syarikat butik label musik baru tersebut juga telah melamar influencer parodi media sosial, Dd Chronicle untuk bekerjasama dalam menyanyikan karya ciptaan penuh Aiman Sidek yang bertajuk Duhai Cintaku.

Berpengalaman 10 Tahun

Dd Chronicle merupakan nama yang tidak asing lagi dalam kalangan peminat-peminat kandungan parodi yang sering viral di saluran-saluran media sosial seperti Youtube, Facebook, Instagram serta Tiktok.

Penghibur yang berasal dari Klang, Selangor dan menetap di Sungai Buloh ini mula berjinak-jinak dengan penciptaan kandungan Youtube dan Facebook lebih dari 10 tahun yang lalu.

Memiliki 100,000 Pengikut

DD Chronicle dari hasil video parodi kini ada single sendiri

DD yang sudah berpengalamn sekian lama mula menceburi dalam bidang SMULE dan seterusnya platform Youtube. Pada tahun 2020 sekali lagi beliau mencuba konten baru berbentuk parodi yang mula mendapat tempat di hati penonton seawal percubaan pertamanya.

Bermula dari itulah nama Dd Chronicle mula meniti di bibir pengamal sosial media sehingga memperolehi 100,000 subscribers youtube dalam masa sebulan.

Penulis Lirik Tertarik Dengan DD

Menurut Aiman Sidek, yang merupakan penulis lirik, dia menyatakan bahawa dia melihat bakat yang ada pada Dd Chronicle ini sebagai sesuatu yang perlu diberikan perhatian yang serius.

Sejak dilancarkan tidak sampai sebulan yang lalu, jumlah tontonan lagu Duhai Cintaku di channel Youtube 4U Entertainment telah mencecah lebih 10,000 tontonan serta mendapat reaksi positif dari peminat-peminat Dd yang selalu menginginkan Dd untuk membawakan lagu beliau sendiri.

BACA:

Awie dedah hasrat Bob Lokman yang tak kesampaian

Kes culik menjadi-jadi, sekolah di Kelantan keluar peringatan

Keputusan bicara 11 pertuduhan gangguan seksual Ust Ebit hari ini