Demi mahu nampak cantik, ini yang Mas Idayu sanggup buat

Demi mahu nampak cantik, ini yang Mas Idayu sanggup buat. Hanya beberapa hari lagi, penyanyi dangdut popular, Mas Idayu bakal melangsungkan hari bahagianya bersama pasangan tercinta, Muhammad Sufian Che Isa yang juga merupakan Penerbit Eksekutif TV3 pada 16 September ini.

Sudah semestinya, debaran begitu terasa apabila hari pernikahan bakal berlangsung dan persiapan rapi perlulah dilakukan dengan sebaik yang mungkin termasuklah penampilan serta kecantikan diri.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @Mohammad Syafiq Lokman Hakim di laman TikToknya, kelihatan Mas Idayu sedang mendapatkan rawatan kulit di sebuah klinik.

Dalam video itu, riak wajah Mas Idayu bertukar apabila dia terkejut menghidu bau cecair rawatan yang sangat busuk sehingga menyebabkan dia kurang senang untuk menjalani terapi tersebut.

“Apa benda tahi kau letak kat muka aku ini?Apa benda busuk ini, nama dia apa? Jangan rekod la! Ya Allah, aku baru nak kahwin, bau tahi lah muka aku ini. Busuk gila kot!” katanya.

Demi mahu nampak cantik, ini yang Mas Idayu sanggup buat

Tak tahan dengan bau cecair itu, doktor pada ketika itu menjelaskan tujuan serta khasiat penggunaan rawatan tersebut yang akan membantu menaikkan seri wajahnya sebagai bakal pengantin.

“Ini adalah glutathion peel yang akan membantu untuk salah satu antioksida kuat yang akan membantu menaikkan seri wajah dan muka lebih bersinar,” ujar doktor tersebut.

Pasrah dengan jawapan yang diberikan, Mas Idayu terpaksa tahan dengan menghidu cecair tersebut sehingga rawatan tersebut selesai dilakukan.

“Macam-macam muka aku ini dia letak, tapi kalau cantik tak mengapa la, kalian kena cuba..haa memang bau tahi,” ujarnya lagi.

Kelakar lah reaksi Mas Idayu!
Susulan itu, rata-rata netizen terhibur dengan reaksi spontan yang diberikan oleh Mas Idayu dan mereka memaklumkan rawatan tersebut memang benar berhasil berdasarkan pengalaman sebelum ini.

Dia punya marah bukan dibuat-buat weh, garang!
Bukan itu sahaja, segelintir netizen menyifatkan reaksi yang ditunjukkan oleh penyanyi yang berusia 50 tahun bukan dibuat-buat malah ia adalah sifat semulajadinya selama ini.

@drsyafiqlokman Apa benda yang dr sapu dekat muka mami tu?? Ini adalah glutathione peel, walaupun bau die agak tak sedap tapi resilt die sgt wow 😂. Sabar ye mami. #drsyafiqlokman #fyp #masidayu #tiktokviral #tiktokindonesia #tiktokmalaysia ♬ original sound – Mohammad Syafiq Lokman Hakim

BACA:

PA dikatakan berperangai kekwat, akhirnya Khairul Aming bersuara

OPR naik lagi, ramai mula bising

Syamsul Yusof ‘langgar’ peraturan ketika mengarah filem