’Dia terlepas pandang la tu, nanti dia minta maaf’, netizen perli Sabronzo

’Dia terlepas pandang la tu, nanti dia minta maaf’, netizen perli Sabronzo. Jika sebelum ini dikecam ketika membuat persembahan di acara Good Vibes Weekender kerana berpakaian terlalu seksi, kali ini ahli kumpulan Dolla, Sabronzo sekali lagi menarik perhatian warganet apabila memuat naik satu video TikTok di akaun miliknya.

Dalam video tersebut, dapat dilihat Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli menari bersama-sama Angel yang juga merupakan salah seorang ahli kumpulan Dolla.

Walau bagaimanapun, apa yang mendapat perhatian adalah ‘skirt’ pendek yang dipakai oleh Sabronzo membuatkan warganet berasa kurang senang dengan pakaian berkenaan.

’Dia terlepas pandang la tu, nanti dia minta maaf’, netizen perli Sabronzo

Beralih ke ruangan komen, rata-rata netizen seolah-olah memerli Sabronzo dengan menggunakan kenyataan yang dikeluarkan oleh penyanyi itu berikutan isu sebelum ini.

Terdahulu, Sabronzo pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kumpulan mereka ‘terlepas pandang’ berkaitan isu baju dan hanya fokus pada persembahan.

Imej seksi kumpulan Dolla turut dibandingkan dengan penampilan penyanyi dari Korea Selatan Lee Chae-rin (CL) yang dianggap lebih sopan ketika melakukan persembahan.

@sabronzoooo City gworls @✧ angel *:・゚✧ ♬ original sound – luv.

BACA:

’Tak perlu terpengaruh dengan individu dakwa keturunan nabi mereka hanya nak nama’- Mufti NS

Kecoh imam baca doa tambah isteri, ini jawapan padu Pengarah Jawi

Pelik tapi itulah yang 7eleven cafe perkenal, Aiskrim Coklat berperisa Sos Cili Lingham