Didakwa tuntut jawatan sebagai TPM, Faizal Azumu akhirnya bersuara

Didakwa tuntut jawatan sebagai TPM, Faizal Azumu akhirnya bersuara.Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menempelak Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi yang mendakwa beliau dinamakan sebagai calon Timbalan Perdana Menteri.

Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata, Puad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit tidak sewajarnya mencipta spekulasi sedemikian.

“Jangan bercakap mengenai hal yang dibincangkan di antara dua individu secara tertutup dan membuat spekulasi yang tidak wajar,” katanya hari ini. Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan mengulas dakwaan Puad bahawa Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikhabarkan menamakan Ahmad Faizal sebagai calon Timbalan Perdana Menteri dalam pertemuannya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kenyataan itu susulan gesaan BERSATU meminta Ismail Sabri segera menamakan penganti baru dari BERSATU dalam Jemaah Menteri, selepas Ahli Parlimen Ampang, yang juga Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin keluar dari parti itu.

Mengulas lanjut, Ahmad Faizal berkata, sebagai wakil rakyat, seharusnya tumpuan mesti diberi untuk bekerja bersama kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat.

Didakwa tuntut jawatan sebagai TPM, Faizal Azumu akhirnya bersuara

“Saya dan Puad sama-sama wakil rakyat. Ramai rakyat terkesan dengan kos sara hidup dan bergelut dari segi ekonomi.

“Kita berdua harus fokus bekerja dengan kerajaan untuk meringankan beban rakyat,” katanya.

BACA:

Bekalan minyak masak paket mencukupi, 24 syarikat digantung lesen

Lelaki ini dedah filem Mat Kilau pernah ‘shoot’ 7 tahun lepas, dah habis RM2.5 juta

Tolong berhenti guna 4 produk kosmetik ini, tegur KKM