Dikatakan muka Jep sebiji anak tirinya, ini reaksi Jep..

Dikatakan muka Jep sebiji anak tirinya, ini reaksi Jep.. Baru-baru ini, pelawak dan penyampai radio berkongsi foto di laman Instagram ketika menyambut ulang tahun kelahiran anak tirinya Barr Al Aliy yang mencecah usia 11 tahun.

Meskipun tanpa kehadiran tetamu, majlis berlangsung secara sederhana itu tetap meriah apabila bersama ahli keluarga dengan pelbagai aktiviti bersuka ria di kediaman mereka.

Menerusi kapsyen, Jep atau nama sebenarnya Mohd Nazri Zainal Abidin menitipkan ucapan istimewa dengan mendoakan supaya Barr Al Aliy dapat menjadi anak soleh serta dirahmati Allah SWT.

“Happy birthday anak abah Barr Al Aliy.. Semoga menjadi anak yang soleh, sentiasa berada di bawah redup rahmatNya,” tulis pelawak berusia 36 tahun itu.

Meninjau ke ruangan k0men, rata-rata netizen tumpang gembira melihat kebahagiaan dan kasih sayang antara satu sama lain dalam keluarga kecil itu.

Dikatakan muka Jep sebiji anak tirinya, ini reaksi Jep..

Malah, ada juga segelintir lndividu mengakui wajah dua beranak itu kelihatan seiras selain memuji keikhlasan Jep yang memberi layanan seperti anak kandung sendiri. Macam anak2 Jep pulak! Bahagia semua…

Jep berkahwin dengan pelakon, Sari Yanti pada Februari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, Muhammad Khidir dan Abu Bakr.

Selain itu menerusi perkahwinan sebelumnya, Sari atau nama penuh Sari Yanti Mohamad Nazari memiliki dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.

VIDEO

BACA:

Nana Sheme dedah kekok nak ‘pegang’ Suami

Aniaya kanak-kanak OKU, nasib Siti Bainun diketahui 24 November

Syed Saddiq dijangka tidak bertanding PRU? Ini sebabnya..