Dipanggil “H*nat” oleh netizen, ini jawapan Fiza Halim.. Semua terkejut

Dipanggil “H*nat” oleh netizen, ini jawapan Fiza Halim.. Semua terkejut. Seperti kebanyakkan artis lain, Fiza Halim juga turut menggunakan platform Instagram sebagai salah satu medan untuk dia berkongsikan kepada peminat mengenai aktiviti sehariannya.

Malah, melihat kepada hantaran terbarunya, kebanyakkan hantaran di Instagramnya berkongsikan mengenai produk makanan tambahan yang sedang diambilnya.

Terbaru, di Instagram Story, Fiza ada berkongsikan satu ‘screenshot’ mengenai komen dari netizen yang menggunakan bahasa kasar untuk menegurnya.

Nak tunjuk pun agak-agak hanat… letak la apa apa sticker ke tutup apa yang patut

Dipanggil "H*nat" oleh netizen, ini jawapan Fiza Halim.. Semua terkejut

Komen tersebut seolah-olah menyuruh Fiza untuk menutup bahagian yang sepatutnya ditutup dengan meletakkan pelekat di hantaran Instagramnya.

Atas kejadian tersebut, kelihatan netizen yang memakinya telah mem’block’nya dari Instagram dan Fiza turut titip doa buat individu tersebut.

Fiza juga turut mendoakan agar individu tersebut dimurahkan rezeki dan dia sudah memaafkan perbuataan individu itu terhadapnya.

Tambah Fiza lagi, dia berpesan supaya tidak menilai seseorang dari segi pakaian dan sentiasalah menjaga mulut dan lidah dalam setiap perkataan.

BACA:

Perkauman : Bukit Aman sahkan Hadi disiasat, 28 laporan polis diterima

Zizan kena tegur dengan polis sebab ini… Rupanya tak boleh buat…