Ditegur tak pakai face mask, jutawan keluarkan semua wang dari bank

Ditegur tak pakai face mask, jutawan keluarkan semua wang dari bank. Akibat ditegur tidak memakai pelitup muka seorang lelaki jutawan mengeluarkan semua wang simpanannya di dalam bank. Kejadian ini berlaku di Beijing, China dan dia nekad melakukan perkara itu kerana tersinggung ditegur oleh pengawal keselamatan.

Jutawan lelaki itu pada awalnya datang ke bank untuk melakukan transaksi kewangan dan mengakui terkejut ditegur pegawai bank yang memalukan dirinya.

Pegawai bank kemudian gagal memujuk lelaki terbabit dan terpaksa mengira dan mengeluarkan wang sebanyak lima juta Yuan, kira-kira RM3.23 juta.

Jumlah simpanan lebih banyak sebenarnya

Wang simpanannya sebenarnya melebihi RM3.23 juta tapi ia sudah capai had pengeluaran harian. Disebabkan itu, jutawan itu bertekad untuk datang ke bank berkenaan setiap hari dan mengeluarkan wang simpanannya sehingga licin.

Ditegur tak pakai face mask, jutawan keluarkan semua wang dari bank

Malangnya jutawan terbabit membuat fitnah pula di media sosial dengan memburukkan pihak bank tanpa menceritakan perkara sebenar. Macam itupun boleh ya? Salah diri sendiri kerana tidak mampu mengikut SOP dan norma baharu tapi orang lain pula jadi mangsa.

BACA:

Terima gaji RM140 ribu sebulan, lelaki ini dedah bagaimana beliau berbelanja

52 jenis smartphone ini tidak dapat akses ke whatsapp

Ada Inspektor polis jual balik dadah yang dirampas, dedah Ayob Khan