Dua kerakyatan pula, Baby Shima bikin panas lagi

Dua kerakyatan pula, Baby Shima bikin panas lagi. Sering mencetuskan kontroversi, penyanyi dangdut, Baby Shima ‘panas’ lagi apabila didakwa memiliki dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Indonesia.

Topik itu tular menerusi perkongsian seorang pengguna Tik Tok, baru-baru ini.

Dalam rakaman video di platform itu, Shima dipaparkan menjawab pertanyaan hos program Pagi-Pagi Ambyar, Rian Ibram, mengenai keinginan menjadi warga Indonesia.

Penyanyi lagu Lalai itu kemudian menjawab, dia sudah menjadi rakyat Indonesia sambil mengeluarkan kad pengenalan atau Kartu Tanda Pendudukan (KTP).

“Iya, Shima sudah jadi orang Indonesia kok… Shima udah ada KTP,” katanya dalam program yang turut dikendalikan Dewi Persik.

Dua kerakyatan pula, Baby Shima bikin panas lagi

Baby Shima atau nama sebenar, Nor Ashima Ramli, 30, yang ketika ini masih berada di Jakarta, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, ketika dihubungi BH Online.

“Saya tidak mahu ulas apa-apa. Tetapi apa yang boleh saya katakan, saya sayangkan Malaysia dan Indonesia,” jawabnya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp.

Baby Shima menganggap individu yang menyebar video rakaman temu bual itu seolah-olah sengaja berbuat demikian untuk mengenakannya.

Dua kerakyatan pula, Baby Shima bikin panas lagi

Namun, apa yang membuatkan Baby Shima hairan, netizen sibuk mengambil tahu perkembangan dirinya biarpun mereka tidak suka dengannya.

“Apabila saya berada di Malaysia, mereka halau saya dan suruh saya pergi Indonesia.

“Bila kita cakap ada KTP, dipersoalkan pula. Apa yang mereka mahukan sebenarnya? Atau mereka sebenarnya tidak boleh lupakan saya?” katanya.

Baby Shima juga hairan kenapa video terbabit tular sedangkan temu bual menerusi program Pagi-Pagi Ambyar untuk siaran Trans TV, dipancarkan sebulan lalu.

Baby Shima berkata, dia akan berada di Malaysia dan Indonesia kerana kerjaya sebagai penyanyi dan pelakon memerlukan dirinya berulang alik antara dua negara.

“Saya akan sentiasa berulang alik antara Malaysia dan Indonesia kerana perlu memenuhi undangan.

“Buat masa ini, saya berada di Jakarta kerana terbabit dengan persembahan untuk program ambang tahun baharu.

“Baru dua minggu sudah saya pulang kerana ada ‘show’ di Seremban, Negeri Sembilan.

“Selagi masih diperlukan, saya akan terima sahaja tawaran yang datang tidak kisah sama ada di Indonesia atau Malaysia,” katanya.

BACA:

Penternak dedah harga kos terkini seekor ayam dan sebiji telur

Pengambilan terkini di Suruhajaya Tenaga Januari 2023

Bawa kereta mewah tapi asyik mengelat bayar tol RM2.50