Ellie Suriaty perjelas sebab pilih Kaka Azraff, “Sebab lagu Gila”. Ellie Suriaty optimis terhadap kualiti lakonan penyanyi, Kaka Azraff yang mendukung watak balu anggota polis, Saadiah Abdullah ketika muda.
Beliau mengakui terpanggil untuk menguji kemampuan ibu kepada dua cahaya mata itu di sejurus melihat persembahan Kaka menerusi lagu tersebut yang turut menampilkan Noki K-Clique dan Loka B.
“Saya pilih Kaka sebab lagu Gila. Bila saya teliti liriknya itu, dalam hati terdetik bahawa jika dia mampu capai apa yang saya mahukan.
“Ia seterusnya membawa kepada titik pertemuan dengan Saadiah ketika tua yang dilakonkan Khatijah Tan.
Itu yang saya mahukan daripada seorang pelakon yang memainkan satu peranan untuk dua zaman,” katanya lagi .
Ellie juga menambah, personaliti Kaka dan Khatijah Tan yang membawa watak Saadiah pada tahun 2012 tidak terlalu ketara perbezaannya, sekali gus menjadikan perjalanan filem ini lebih realistik.
Ditanya juga sebab mengambil Azriel Ismail untuk melakonkan watak sebagai Alias Nik Daud, Ellie percaya dengan bakat yang ada dengan pelakon berkenaan.
“Bagi saya dia ada aura yang sangat bagus. Dia pernah bekerja dengan saya untuk projek Teater Muzikal Putri Santubong The Warrior Princess sebagai Kijang Mas. Jadi saya tahu sejauh mana dia boleh pergi.
“Sebab kita tahu, lakonan di pentas teater adalah antara latihan lakonan buat seseorang pelakon. Bila dia buat persembahan itu, bagi saya ia bukan satu perkara yang mudah. Dia ada karisma dan energi bersama karektor yang dibawa.
BACA:
Tak ada dialog tapi aksi Shuib dan Ryan Bakery ini buat ramai tergelak
10 lokasi air terjun menarik di Malaysia, rugi kalau tak singgah
Jangan sakat orang tengah pegang benda tajam, nasihat Wafariena disokong ramai