Emak kepada Tokti gelabah termasuk dalam video live, Tokti punya ketawa tarik perhatian netizen

Emak kepada Tokti gelabah termasuk dalam video live, Tokti punya ketawa tarik perhatian netizen. Walaupun jarang memuat naik tentang adik beradik atau ibu bapanya persis artis lain, namun kali ini gelagat ibu kepada TokTi telah menarik perhatian netizen.

Siti Salmah Bachik yang kini berusia 70-an masih terlihat sihat dan boleh melakukan kerja-kerja biasa.

Mak live tu mak…Mak Salmah tak perasan telefon TokTi sedang bersiaran live

Melalui rakaman yang sempat tular di TikTok peminat beliau sejak semalam, difahamkan ketika itu Datuk Sri Siti Nurhaliza sedang membuat live berlokasi di dapur rumah.

Tidak perasan terdapat skrin telefon yang sedang bersiaran langsung, Puan Siti Salmah dilihat tenang menggaul makanan di dalam mangkuk kecil.

Emak kepada Tokti gelabah termasuk dalam video live, Tokti punya ketawa tarik perhatian netizen

Ibu Gabra Termasuk Dalam Video Live, Irama TokTi Ketawa Pula Dipuji Netizen

Mak Salmah terkejut terus ‘lesap’ ke tepi

Apabila mendengar anaknya beritahu tentang live yang sedang berlangsung, wanita tersebut cepat-cepat ‘menghilangkan’ diri ke tepi dengan rasa terkejut. Penyanyi lagu ‘Cindai’ itu pula kedengaran ketawa gara-gara merasa lucu dengan gelagat ibunya tadi.

Bercakap macam menyanyi, ketawa pun ada pitching…Mana nak cari?…Itulah TokTi

Meskipun cuma berdurasi 8 saat, ramai netizen terhibur dengan aksi spontan Puan Salmah hingga rakaman itu sudah meraih lebih 1.6 juta tontonan. Di satu sudut lain, ada juga yang memuji suara gelak TokTi kerana sangat merdu seolah-olah sedang menyanyi pula.

@kick_kapoor8989 Hahhaha. Comel je terkejut .. 😂😂😂 #fyp #fypシ #masukberanda @Siti Nurhaliza ♬ Si Gendut – Agus Gobang

BACA:

Lelaki ini ‘jackpot’ tali jam yang dipakainya rupanya emas 999

SUKE mula ‘syulit’kan pengguna, kadar tol SUKE mengejutkan!

‘Jackpot’, pasangan ini tiba-tiba terima RM49.2 juta dalam akaun