Faktor model Toyota masih mahal di pasaran kenderaan terpakai

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Faktor model Toyota masih mahal di pasaran kenderaan terpakai toyota malaysia toyota yaris toyota vios toyota chr toyota corolla cross toyota rush toyota camry toyota corolla [/bg_collapse]

 

“Wei ko tengok iklan ni, kereta Hilux 2021 nak jual terpakai tahun ni tapi jual pada harga RM 110,800” ujar kawan penulis. Ya untuk pengetahuan anda Hilux 2.4 E jika dibeli baru hanya berharga RM 108,880 sahaja. Tapi unit terpakai lebih mahal daripada unit baru kerana unit tersebut sudah tersedia untuk dibeli tanpa perlu menunggu 6 ke 9 bulan.

Jadi apa yang menyebabkan sesebuah kenderaan berjenama Toyota tahan lama, tahan lasak dan mengekalkan harga jualan semula? Sedangkan rekaannya tak cantik, enjin lama, enjin tak berkuasa, teknologi kuno dan lambat beradaptasi dengan teknologi baru?

Faktor model Toyota masih mahal di pasaran kenderaan terpakai

Jadi ini pemerhatian penulis selepas menggunakan 3 buah kenderaan berjenama Toyota (mungkin lebih kalau campur kereta ahli keluarga lain) dan terlibat dalam industri automotif satu ketika dulu. Antaranya faktor yang menyebabkan kenderaan Toyota tahan lasak dan mahal ialah:

1. Proses pembangunan yang rumit dan berhati-hati – Toyota tidak mengambil jalan pintas dalam membangunkan sesuatu produk atau sebarang ciri baru kepada kenderaan mereka. Jika kenderaan baru perlu dicipta atau ciri baru perlu dimasukkan, ia akan direka daripada kosong dan perlu melalui proses FMEA (Failure Mode & Effect Analysis)

FMEA merupakan satu prosedur yang rumit dan menyusahkan jurutera Toyota dan para pembekal dalam mengenalpasti kemungkinan kegagalan komponen semasa proses ia direka, dihasilkan atau sewaktu digunakan oleh pengguna. Ia mesti tidak boleh gagal waima sebatang skru sekalipun, satu perkara yang memeningkan kepala jurutera BMW sewaktu bekerjasama dengan Toyota bagi menghasilkan Supra/Z4

2. Enjin ditala lebih rendah – sewaktu pengeluar lain menghasilkan enjin berkuasa tinggi daripada kapasiti yang sama, Toyota sengaja menghasilkan enjin dengan kuasa yang lebih rendah. Ada yang mendakwa Toyota sengaja “mengunci” kuasa enjin mereka 20% kurang daripada apa yang ditawarkan. Katakan enjin tersebut berupaya menjana 100 kuasa kuda, maka untuk dijual pada pengguna enjin tersebut akan ditala pada 80 kuasa kuda sahaja.

Faktor model Toyota masih mahal di pasaran kenderaan terpakai

Enjin tersebut ditala dengan lebih rendah supaya jangka hayat enjin tersebut dapat dipanjangkan. Kalau enjin jenama lain hanya bertahan sekitar 300k kilometer sebelum perlu dibuat baik pulih, enjin Toyota mungkin boleh bertahan sehingga 500k kilometer tanpa masalah. Dengan syarat minyak enjin perlu dijaga dan diselenggara mengikut sela masa ditetapkan

Kekurangan kuasa enjin tadi akan ditampung oleh sistem transmisi yang lebih cekap, serta ditawarkan dengan ratio yang lebih lebar. Jadi jangan hairan walaupun atas kertas enjin ini nampak kurang power, tapi prestasinya boleh tahan. Cuma janganlah bandingkan dengan enjin turbo atau enjin i-VTEC. Kalau nak enjin power, ada siri enjin yang lain dan ia tidak murah seperti GR Yaris.

3. Kaizen – atau penambahbaikan adalah perkara yang sentiasa dilakukan oleh pasukan pembangunan Toyota baik dari segi R&D atau aspek pembuatan. Enjin atau komponen asal dalam Toyota Part Bin akan sentiasa dipertingkatkan kualitinya. Kalau tak rosak dan memenuhi piawaian pelepasan asap, buat apa pakai enjin baru.

Faktor model Toyota masih mahal di pasaran kenderaan terpakai

Apa yang jurutera Toyota buat ialah perbaiki enjin tersebut agar menjadi lebih berkuasa, lebih jimat bahan api, dan talaan semula sistem dual VVT-i (kepada VVTi-E atau VVT-iW). Walaupun menggunakan torsion beam, cesi diperkuatkan dan ketegarannya dipertingkatkan semula bagi memperbaiki aspek pengendalian kenderaan.

4. Hasilkan komponen sendiri – salah satu sebab Toyota lambat menghasilkan kenderaan baru termasuk EV atau memperkenalkan teknologi baru ialah kerana mereka mengambil jalan yang susah untuk menciptanya. Jurutera R&D perlu berkerja dari “kosong”, membangunkan komponen sedikit demi sedikit dan jika perlu barulah cetak biru akan dihantar ke pembekal untuk dihasilkan

Mereka amat jarang sekali membeli komponen yang dicipta dan dihasilkan oleh pembekal (shelf product) walaupun ia lebih mudah dan murah. Ini kerana jika berlaku sebarang masalah, jurutera Toyota tidak tahu punca masalah dan memerlukan masa yang lama untuk membetulkan masalah ini. Sebagai contoh masalah beg udara Takata yang memeningkan kepala banyak pengeluar

Faktor model Toyota masih mahal di pasaran kenderaan terpakai

Disebab komponen ini dihasilkan oleh Toyota, maka Toyota akan memegang segala Intelectual Property Rights termasuklah cetak biru, die, mould dan juga tooling untuk komponen tersebut. Jika pembekal tidak dapat menghasilkan komponen disebabkan bencana alam, kegagalan syarikat dan juga sebab lain, maka Toyota boleh memindahkan fasiliti pembuatan kepada pembekal lain dengan pantas.

5. Sistem Keiretsu – kebiasaannya pembekal utama Toyota memiliki hubungan rapat dengan mereka mirip sistem Keiretsu yang pernah digunakan dulu. Keiretsu bermaksud beberapa syarikat yang memliki hubungan perniagaan dan saham anatara satu sama lain. Sebagai contoh Toyota memiliki saham dengan JTEKT Automotive, Aichi Steel, Aisin, Toyota Tsusho, dan beberapa syarikat lain.

Malah Toyota juga membeli saham dalam Mazda, Subaru, Suzuki, Yamaha, dan juga Panasonic disebabkan syarikat ini memiliki keupyaan menghasilkan teknologi yang tidak mampu ditiru oleh Toyota. Buat apa bersaing kalau boleh bekerjasama kan. Stretegi ini juga dibuat oleh Toyota ketika membeli Daihatsu dimana kei-car bukanlah kepakaran Toyota.

Faktor model Toyota masih mahal di pasaran kenderaan terpakai

6. Teknologi mudah, ringkas dan matang – tiada apa pun yang istimewa berkenaan dengan enjin Toyota melainkan jika ia digunakan pada model Gazoo Racing. Bergantung pada pasaran, enjin Toyota hanya menggunakan dual-VVTi, atau VVTi-E atau paling canggih bagi segmen kenderaan penumpang ialah Dynamic Force. Percayalah enjin ini boleh diselenggara oleh pomen lulusan IKM sahaja

Toyota tidak akan sesekali menggunakan sistem turbo bagi mengurangkan pelepasan asap, hanya sekali ia dipakai pada model Harrier generasi ke 3 selepas ia terbukti berkesan. Tapi Harrier generasi ke 4 kembali kepada enjin NA Dynamic Force dan juga sistem hibrid bagi kuasa dan juga mengurangkan pelepasan asap.

Melainkan segmen mewah yang menggunakan transmisi 8 kelajuan automatik, 6 kelajuan automatikatau 6 kelajuan manual, kebanyakan transmisi kereta Toyota menggunakan CVT ataupun Direct Shift CVT. Ia transmisi yang ringkas dan boleh diharap berbanding dengan menggunakan DCT atau DSG. Aisin iaitu anak syarikat Toyota turut membekalkan transmisi kepada Volkswagen bagi Golf 1.4 TSi

7. Mudah nak buat tuntutan – sekiranya kereta mereka rosak juga dan pernah terjadi kepada penulis maka anda boleh terus ke pusat servis dan buat aduan.

Anda tak perlu untuk buat temujanji semata-mata untuk buat aduan kereta rosak. Dalam masa 15 minit anda akan dilayan, ada juruteknik akan cuba mengenalpasti masalah dan jika terbukti komponen bermasalah, komponen baru akan ditempah pada hari yang sama.

Tak ada banyak soal.

Faktor model Toyota masih mahal di pasaran kenderaan terpakai toyota malaysia toyota yaris toyota vios toyota chr toyota corolla cross toyota rush toyota camry toyota corolla

Komponen tersebut akan mengambil masa selama 2 minggu sehingga 4 minggu untuk sampai bergantung kepada stok dan kemampuan pembekal menghasilkan komponen tersebut. Tak payah tunggu berbulan-bulan untuk stok sampai. Biasa dalam tempoh 24 jam anda akan dapat tarikh untuk proses pemasangan komponen baru

8. Alat ganti bersepah-sepah – salah satu polisi Toyota apabila mahu menamatkan jualan satu-satu model ialah “pembekal wajib menghasilkan alat ganti dalam masa 10 tahun selepas model tersebut ditamatkan”. Sebagai contoh jika model Vios tamat pengeluaran pada tahun 2022, maka pembekal wajib menghasilkan alat ganti sehingga tahun 2032

Pada tahun 2032 nanti pembekal sekali lagi wajib menghasilkan batch terakhir dalam kuantiti yang banyak, mungkin 5000 unit bagi membolehkan Toyota menyimpan stok komponen tersebut. Jadi tidak hairanlah kita boleh lihat sesetengah model Toyota masih boleh dipandu walaupun sudah berusia 20 tahun.

Faktor model Toyota masih mahal di pasaran kenderaan terpakai

Kebanyakan komponen alat ganti Toyota adalah common parts antara model-model Toyota yang lain dan dikatalogkan dalam Toyota Parts Bin. Kalau ada nak guna komponen tersebut bagi mana-mana model baru, ia juga lebih murah dan mudah untuk dihasilkan semula.

Mungkin ada lagi sebab-sebab lain kenapa kenderaan buatan Toyota tahan lasak dan menyebabkannya mengekalkan harga di pasaran kenderaan terpakai. Tapi Toyota mengekalkan resipi rekaan mereka iaitu ringkas, tahan lasak tapi pada masa sama mungkin membosankan untuk pembeli generasi baru.

Ini kerana Toyota menghasilkan sebuah kenderaan keperluan dari poin A ke poin B, bukan sebagai alat untuk fesyen, trendsetter ataupun menunjuk-nunjuk.

Berita Lain:

Artis terkenal Thailand Tangmo Nida masih hidup? Video wanita ini cetus persoalan

Ini cara sebenar buka “cable tie” tanpa pakai gunting

Bayi baru berusia 3 hari dah disuap biskut oleh mentua sendiri, ini reaksi ibu kandung