Fattah Amin tamat pengajian, dapat ‘dean list’

Fattah Amin tamat pengajian, dapat ‘dean list’. Perkongsian pelakon Fattah Amin menjadi perhatian apabila berkongsikan momen kejayaannya apabila menerima Anugerah Dekan bagi semester akhir Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif, Universiti Utara Malaysia (UUM).

Menerusi entri tersebut, pelakon filem Mat Kilau yang sudah pun tamat pengajian tersebut turut memuat naik foto dan video menerima sijil anugerah berkenaan.

Memetik mStar Online, selain Fattah Amin, beberapa artis lain termasuk penyanyi Amir Masdi, Tomok, Haziq dan Pekin Ibrahim turut menerima anugerah tersebut.

Fattah Amin tamat pengajian, dapat 'dean list'

Menurut Fattah, dia berdepan pelbagai cabaran sepanjang tempoh pengajian namun kejayaan itu membakar semangatnya untuk melanjutkan pengajian ke lebih tinggi iaitu peringkat sarjana selepas ini.

“Syukur Alhamdulillah akhirnya tamat pengajian. Rasanya sepanjang tahun 2017 adalah tempoh paling sukar sebab ketika itu saya terlibat dengan banyak penggambaran.

“Saya ada niat untuk sambung ke peringkat seterusnya tapi belum ada perancangan dalam masa terdekat,” katanya.

Sementara itu, diruangan komen Instagram, rata-rata netizen mengucapkan tahniah di atas kejayaan pelakon itu. Malah, ramai yang memuji bukan sahaja memiliki rupa paras kacak, malah seorang yang bijak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz)

BACA:

Anak meninggal lepas 7 hari dilahirkan, ini luahan hati Mua Bellaz

PA Dato Vida berhenti kerja, bekas PA dedah cerita sebenar..

Dikatakan muka Jep sebiji anak tirinya, ini reaksi Jep..