Fazura zahir rasa terharu atas kurniaan Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri

Fazura zahir rasa terharu atas kurniaan Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri. Semalam, Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri berkenan untuk mengurniakan sebuah lukisan potret kepada keluarga selebriti tanah air iaitu Fazura dan juga Fattah Amin.

Terharu dan bersyukur

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Fazura menerusi satu hantaran akaun Instagram miliknya selepas dia bersama keluarga meluangkan masa hadir di pekarangan Istana Selangor serta memotong kek pulut kuning.

Fazura zahir rasa terharu atas kurniaan Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri

Patik sekeluarga berasa sangat terharu dan bersyukur di atas kurniaan yang bermakna ini. Kenangan ini amat bernilai buat patik sekeluarga dan akan diabadikan selamanya.

Komen artis & netizen

Kompilasi gambar yang dimuat naik oleh Fazura itu juga mendapat pelbagai reaksi positif dari rakan selebriti seperti pelakon Mimi Lana dan Catriona Ros serta peminatnya.

Alhamdulillah, syukran. Terbaik, rezeki Fattah dan Fazura disayangi Sultan Selangor. Cantik gambar loving couple ni!

Ramai juga dilihatkan mendoakan agar kedua-dua pasangan itu sentiasa bahagia hingga ke Jannah dan terus memperoleh kejayaan di masa hadapan selain dari memuji penampilan manis dan sopan Fazura di Istana.

@fazuraofficial A little curtsy never hurt nobody. 🌷#NurFatimaAisya ♬ original sound – Fazura

BACA:

Selepas dihentam sebab ‘sokong’ baju ketat Janna Nick, ini jawapan padu Riena Diana kepada netizen

Abdul Azeez pula bebas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram

Tabung Haji raih pendapatan RM1.47 bilion pada separuh pertama 2022, paras tertinggi sejak 1963