Gadis buat agar-agar ikan keli bikin netizen loya tekak, ‘Ikan keli tu pun macam tak masak lagi, mesti busuk gila’

Gadis buat agar-agar ikan keli bikin netizen loya tekak, ‘Ikan keli tu pun macam tak masak lagi, mesti busuk gila’.

Agar-agar merupakan satu makanan pencuci mulut yang digemari ramai

Tambahan lagi, jika agar-agar yang diperbuat daripada buah-buahan atau santan. Sudah semestinya manis dan rasa segar apabila disejukkan.

Gadis buat agar-agar ikan keli bikin netizen loya tekak, 'Ikan keli tu pun macam tak masak lagi, mesti busuk gila'

Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan gadis membuat agar-agar ikan keli telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@tersakitiiii10resep rahasia ..

♬ Radetsky March Classic Classic(829541) – Yuumi Iida

Selamba buat agar-agar perisa ikan keli di rumah

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang membuat agar-agar di dapur rumahnya.

Apa yang membuatkan semua tergamam adalah apabila dia dilihat membuat agar-agar yang tidak pernah dibuat oleh orang lain sebelum ini.

Dia membuat agar-agar ikan keli yang berbau hanyir kerana ikan itu direbus begitu saja. Kemudian, gadis itu dilihat menuangkan air agar-agar ke dalam bekas yang berisi ikan keli.

Kemudian, pada akhir video dia dilihat makan agar-agar itu dan memberi rate 7/10.

Image from @tersakitiiii10 (TikTok)

“Ikan keli tu pun macam tak masak lagi, mesti busuk gila” – Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 14 juta tontonan, 550M tanda suka dan 75K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image from @tersakitiiii10 (TikTok)

Image from @tersakitiiii10 (TikTok)

Image from @tersakitiiii10 (TikTok)

Baik akak rahsiakan sajalah resepi ini, geli!

BACA :

Berapa lama masa yang diperlukan untuk simpan RM50,000 di Lembah Klang?
Azizulhasni kongsi teringat pesan isteri, ‘Buat kerana ALLAH’
[VIDEO] Youtuber tanam diri dalam kubur dengan ular sawa berdepan detik cemas