Gadis dedah jadi mangsa lelaki baru kenal dalam satu aplikasi, ‘Dia seluk dalam seluar saya…’

Gadis dedah jadi mangsa lelaki baru kenal dalam satu aplikasi, ‘Dia seluk dalam seluar saya…’.

Seorang gadis dedah yang dia pernah kenal seorang lelaki dalam sebuah aplikasi sehingga menjadi mangsa gangguan seksual. Allahu..

Menurut satu hantaran di Twitter, gadis itu berkata yang situasi itu berlaku ketika dia keluar kali pertama selepas berkenalan dalam aplikasi tersebut.

Gadis dedah jadi mangsa lelaki baru kenal dalam satu aplikasi, 'Dia seluk dalam seluar saya...'

Jika anda berada dalam mana-mana aplikasi temu janji terutamanya **ble, sila berhati-hati dengan seorang lelaki bernama *****. Dia berumur 21 tahun dan belajar di ****.

Nombornya ialah *****. Semalam kami sepatutnya berjanji temu (date) tetapi dia fikir dia akan mendapat sesuatu yang lebih. Dia memaksa saya dalam pawagam pada hari pertama!

Bukan tu jer, lelaki berkenaan juga dikatakan cuba untuk meramas payudaranya dan cuba memasukkan tangan berkali-kali ke dalam seluarnya untuk meraba. Teruk betul!

Saya tegas katakan tidak dan tolak tangannya. Dia tetap minta saya untuk menghisap kemaluannya di dalam pawagam! Saya tersangat trauma dengan apa yang dia dah buat. Harap dia dapat pembalasan akibat perbuatannya.

Gadis berkenaan nafi yang pemakaiannya ketika keluar dengan lelaki itu menjadi salah satu punca mengapa lelaki berkenaan bertindak sedemikian.

Mangsa bakal membuat laporan polis berhubung perkara tersebut tapi hantarannya di Twitter telah dapat perhatian Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan membalas komen.

BACA :

Peminjam wang berIesen dihurung laIat ketika berada di tanah suci Mekah
Achey dedah pernah tak tegur Abam 2 minggu, terima bayaran RM300
‘Aku pelik ada murid f5 setiap hari bagi hadiah bukan-bukan, sebagai cikgu bila dapat surat cinta dari murid aku anggap biasa’