Gadis dikecam hina ayat Bahasa Inggeris bekas pakwe kawan, ‘Dialah terpaling pandai English’

Padah memperlekehkan ayat Bahasa Inggeris bekas teman lelaki rakan, empat orang gadis menerima kritikan hebat daripada netizen.

Menerusi video tular, empat orang gadis itu dilihat berada di dalam kereta membaca mesej perpisahan yang dihantar seorang lelaki kepada rakannya.

Gadis dikecam hina ayat Bahasa Inggeris bekas pakwe kawan, 'Dialah terpaling pandai English'

Lelaki itu difahamkan menggunakan bahasa campur iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

bahasa inggeris

Namun, gadis yang membaca mesej itu memberi reaksi jijik dan memberi nasihat kepada orang ramai supaya tak bercinta dengan lelaki bodoh.

Korang kalau nak cari boyfriend cari yang pandai.

Setakat tu jela, sebab geli sikit dengan lelaki bodoh.

Dia dilihat membetulkan ayat lelaki itu dan meluahkan rasa geli dengan lelaki yang tak tahu berbahasa Inggeris dengan baik.

BACA :

Kereta terbang pertama bakal dijual pada harga RM1.4 juta
Lembu paling mahal di dunia, harga RM20 juta
Orang gaji kerap pakai minyak wangi ketika suami ada di rumah, ‘Tak sangka ini yang mereka buat’