Gadis kongsi pengalaman jadi ketua keluarga buat ramai sebak. Seorang gadis berkongsi pengalaman beliau terpaksa menjadi ketua keluarga di usia muda bagi menyara kedua ibu bapa yang tidak sihat, dan adik beradik yang masih bersekolah.
Menerusi satu video yang dimuat naik di laman media sosial seorang gadis yang dikenali sebagai Neesha,meluahkan rasa lelah menanggung beban dalam menyara keluarganya sejak berusia 18 tahun lagi .
Neesha yang kini berusia 21 tahun berkata, dia mula memikul tanggungjawab berkenaan selepas ibunya disahkan menghidap kanser tahap 4, tiga tahun lepas.
Menurut Neesha beliau berkata di usia 18 tahun mak beliau sakit kanser stage 4 dan ayahya kena covid kategori 5, paru dengan hati rosak…di tempatkan dalam ICU selama sebulan.
beliau juga Tidak Malu niaga tepi jalan. Semua kawan pakai cantik-cantik, sambung study.
Orang dapat gaji boleh beli apa, kita ingat adik-adik nak sekolah. Kadang balik basah lencun beli makanan dekat adik-adik.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan Neesha, dan mendoakan agar dia kekal tabah, selain berharap agar adik beradik yang dijaganya sedar akan pengorbanan yang dilakukan seorang kakak.
BACA:
Rahsia kemaraan Damok hingga berjaya gegar Portugal terbongkar
Ini cara jika nak berhijrah ke luar negara, wanita ini kongsi pengalaman
Menitis air mata guru tengok anak murid ini, jalan pun seret kaki sambil pegang seluar