Gempa bumi kuat melanda Turkiye, Syria dua kali

Gempa bumi kuat melanda Turkiye, Syria dua kali. Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud melanda wilayah sempadan Turkiye-Syria pada kedalaman hanya 2 kilometer, kata Pusat Seismologi Mediterranean Eropah (EMSC).

Sekurang-kurangnya tiga terbunuh dan 213 cedera dalam gegaran itu, menurut Menteri Dalam Negeri, Suleyman Soylu.

Gegaran susulan itu diikuti dengan satu lagi gempa bumi bermagnitud 5.8 beberapa minit kemudian, berpusat tidak jauh dari yang pertama di wilayah Hatay Turkiye.

Pusat gempa dikesan berhampiran bandar Antakya di selatan Turkiye di mana gegarannya turut dirasai di Syria, Mesir dan Lubnan.

Gempa pada jam 8.04 malam tadi (jam 1.04 pagi waktu Malaysia) ini turut diikuti beberapa gegaran susulan termasuk satu gempa bumi berukuran 5.8 magnitud.

Gempa kali ini berlaku hanya dua minggu selepas kawasan itu musnah akibat gegaran lebih kuat yang mengorbankan lebih 47,000 orang dan merosakkan serta memusnahkan ratusan ribu kediaman.

Menteri Dalam Negeri Turkiye, Suleyman Soylu mengumumkan sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan 213 cedera selepas beberapa bangunan yang sudah rosak dalam gempa bumi sebelumnya runtuh.

Laporan berita menyatakan mangsa terpaksa tinggal di kediaman yang rosak kerana ketiadaan khemah yang mencukupi untuk mereka di luar.

Ahli Geologi Universiti Teknikal İstanbul, Prof Okan Tüysüz, memberitahu NTV gempa bumi kali ini adalah berbeza dan bukan gempa susulan.

Rakaman video menunjukkan orang ramai berlari dalam keadaan panik serta pasukan mencari dan menyelamat serta ambulans di jalan raya.

Terdahulu ahli seismologi telah memberi amaran bahawa gempa bumi 6 Februari boleh mencetuskan gegaran lain di rantau ini, meminta orang ramai menjauhi bangunan yang rosak.

Dalam gempa terdahulu, angka kematian direkod pada 41,156 di Türkiye, menurut AFAD Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan.

Korban tragedi dahsyat ini dijangka meningkat lagi setelah 385,000 pangsapuri musnah atau rosak teruk dan masih ramai yang belum ditemukan.

Antara mangsa yang terselamat daripada gempa bumi itu ialah kira-kira 356,000 wanita hamil yang memerlukan akses segera kepada perkhidmatan kesihatan, kata agensi kesihatan seksual dan reproduktif PBB (UNFPA).

Mereka termasuk 226,000 wanita di Türkiye dan 130,000 di Syria, kira-kira 38,800 daripadanya dijangka bersalin bulan depan.

Ramai daripada mereka berteduh di kem atau terdedah kepada suhu sejuk dan bergelut untuk mendapatkan makanan atau air bersih.

Presiden Recep Tayyip Erdogan dalam pada itu berkata pembinaan hampir 200,000 pangsapuri di 11 wilayah Türkiye yang dilanda gempa bumi akan bermula bulan depan.

Di Syria, kebanyakan kematian berlaku di barat laut di mana dilaporkan 4,525 orang telah terbunuh.

Kawasan itu dikawal oleh pemberontak yang berperang dengan pasukan yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad, menyukarkan usaha bantuan.

Pegawai Syria berkata 1,414 orang terbunuh di kawasan di bawah kawalan kerajaan Bashar al-Assad.

BACA JUGA:

Wan Saiful dakwa PH sombong, terpisah daripada rakyat

Sistem Pendidikan negara perlu pembaharuan, bukan untuk pelajar lulus semata-mata

Malaysia diiktiraf negara contoh, terbaik dalam promosikan budaya hidup damai